‘Masih Berbisa Rupanya’, Rakaman Tengku Permaisuri Selangor Buat Kjutan Baca Berita RTM

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.

Ia sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

” Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.

” Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini,” katanya, hari ini.

Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejutkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita.

Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

Majlis pernikahan baginda berdua telah dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri.

Sebelum ini penampilan Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin sering mendapat perhatian ramai pihak.

Netizen turut memberikan pujian terhadap TPS di laman Instagram Selangor Royal Official yang memuat naik foto-foto rasmi kerabat diraja Selangor.

Sering tampil menggayakan busana menarik di majlis-majlis rasmi, netizen memuji cara TPS berfesyen yang kelihatan ringkas dan elegan.

Netizen juga menyifatkan TPS sebagai seorang Permaisuri yang sangat merendah diri serta murah dengan senyuman.

Reaksi penonton

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata orang ramai memuji keupayaan baginda yang masih mampu membaca berita meskipun kelihatan agak gementar.

Ntizen turut berkata Tengku Permasuri Norashikin mempunyai aura dan berada dalam kelas tersndiri sebagai pembaca berita.

” Lagenda pembaca berita yg berada di kelas Tersendiri..wajah yg penuh kelembutan dan cukup elegan…Masih berbisa rupanya..tahniah permaisuri,” kata Danial

” Dari dulu memang suka baginda baca berita suara lembut bersahaja …walaupun kini jadi permaisuri selangor hilang rindu bila tengok penampilan baginda baca berita tadi,” komen Norizan

” Minat dengan Tengku Norashikin Abdul Rahman time dia jadi pembaca Berita TV1 dulu ..tak sangka akhirnya jadi Tengku Permaisuri Negeri SELANGOR ku.,” tulis Norliyana

Sumber:hmetro

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*