Shukri Yahya usik nak bawa nak belon panas, tindakan `geli` Sharnaaz Ahmad buat ramai ketawa dan ramai cakap `berani`

Beberapa minggu lepas, tular di media sosial berkenaan video lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila yang dilihat sangat sweet kerana menaiki belon panas ketika mahu mengajak untuk bernikah.

Pastinya video tersebut menjadi bualan dan gurauan sesetengah pihak berikutan tindakan yang rare serta akan terus dikenang selamanya.

Isu belon udara panas

Namun begitu, tular pula satu video rakaman IG Live Sharnaaz Ahmad dengan rakannya yang juga pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang bergurau mengenai belon panas.

Menerusi rakaman yang dimuat naik kembali oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @mohdafeef_, Shukri berseloroh mahu membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas sambil memeluknya.

Gurau bapak2

Gurauan tersebut disambut dengan wajah geli dari Sharnaaz dan respon mencuit hati daripada warganet yang meninggalkan komen di ruangan IG Live tersebut.

Kemain perli dia

Menjengah ke ruangan TokTok tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan terhibur mendengar celoteh mereka berdua.

Memasing tingtong

Sedih pun steady gelak2

Paling win kena perli

Yang maan tak faham tu terangkan sat

Sharnaaz dan Shukri sememangnya kerap melakukan IG Live bersama dengan bersembang sesama mereka dan turut menyapa peminat yang turut meninggal komen diruangan tersebut.

Umum sedia tahu bahawa Sharnaaz merupakan bekas suami kepada Noor Nabila yang sudah berkahwin dengan Engku Emran dua minggu yang lalu.

Walaupun sudah berpisah, pelakon lelaki tersebut tetap mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya dan mengucapkan selamat pengantin baru buat Noor Nabila dan Engku Emran.

Sumber: mohdafeef_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Shukri Yahya usik nak bawa nak belon panas, tindakan `geli` Sharnaaz Ahmad buat ramai ketawa dan ramai cakap `berani`"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*