Fasihnya, Pramugari Ini Buat ‘Announcement’ Dalam Dialek Kelantan Raih Perhatian Warganet

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai bahasa dan juga mempunyai dialek yang berbeza setiap negeri.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sudah tahu dan faham beberapa dialek negeri yang ada. Contohnya seperti loghat Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah yang mempunyai keunikan masing-masing.

Namun, lain pula dengan video perk0ngsian dari portal SAYS yang v!ral di TikTok baru-baru ini apabila seorang pramugari wanita menggunakan dialek Kelantan semasa membuat pengumuman menarik tumpuan ramai.

Fasih dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Mek Yun itu sangat fasih dalam bercakap dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina. Ia juga kerana mungkin dia sudah lama menetap di negeri tersebut.

Malah, kontennya juga banyak dilihat menggunakan dialek Kelantan dan bukannya bahasa Cina.

Menurutnya, dia sebenarnya tidak pandai untuk bercakap bahasa Cina kerana ibu bapanya dulu tidak mendaftarkannya untuk masuk ke sekolah jenis Cina.

“Best kalau ada pramugari macam ni” – Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka bahawa dia rupanya adalah bangsa Cina kerana jarang dilihat. Ada juga yang menyok0ngnya untuk teruskan membuat konten-konten menggunakan dialek Kelantan.

Video berkenaan telah respon dan daripada warganet. Ini adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok.

Tonton video dihujung artikel

Dengan ni mnunjukkan masih ramai lagi penduduk kelantan yang bcakap loghat kelantan. Kan ada isu ssetengah penduduk negeri x fasih bercakap dalam loghat negeri/daerah masing2..loghat ni perlu dijaga. sbb identiti rakyat malaysia..

Siapa kata orang Cina tak boleh cakap dialek Kelantan? Tengok ni hebat betul. – Sumber & video dipetik dari SAYS, TikTok@_yuyunz_

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Fasihnya, Pramugari Ini Buat ‘Announcement’ Dalam Dialek Kelantan Raih Perhatian Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*