
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, mesti ada yang beranggapan bahawa pengantin yang diraikan akan santai dan dilayan sebagai ‘Raja Sehari’. Tapi, korang betul yakin ke pengantin ni akan santai saja?
Sama seperti kisah kali ini, yang menunjukkan pasangan pengantin yang dilihat terlalu ‘barai’ sampai boleh terlelap atas pelamin
Dulu best tengok orang bersanding
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video satu majlis kahwin yang dilihat berlangsung dengan meriah.
Namun yang mencuri perhatian netizen bukanlah majlis tersebut sebaliknya aksi pengantin yang ‘barai’ dan kelihatan terlalu letih sampai tertidur di atas pelamin.
Video yang dimuatnaik kurang 24 jam di Tiktok, sehingga kini memperoleh hampir 200 ribu tontonan.
Penat sangat sampai nak senyum pun dah malas
Malah beberapa keping gambar turut disertakan di dalam video ini yang menunjukkan, pengantin lelaki tertidur di atas kerusi setelah semua tetamu pulang. Begitu juga dengan pengantin perempuan yang sempat merehatkan mata di atas pelamin.
“Yang tengok pon boleh jadi penat”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi pasangan pengantin ini. Ada yang berkongsi kisah sama dan ada juga berkongsi kisah terus melantak makanan sebab tak sempat makan masa bersanding dulu.
Alahai kesian je min tengok, korang yang belom kahwin tu ready la ye.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Lobak merah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply