
Tugas seorang guru bukan mudah tidak kira guru sekolah rendah atau menengah. Pengorbanan insan tersebut yang diperumpamakan seperti sebatang lilin tiada tolak bandingan. Tetapi tugas ini dilihat pada pandangan mata kasar orang lain tugas tersebut hanya mendidik sahaja.
Situasi sebegini juga turut dirasai oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Rata-rata masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyangka guru-guru di sini tugasnya hanya menjaga kanak-kanak.
Pandangan masyarakat seperti ini tidak dipersetujui oleh seorang guru yang mengatakan tugas seperti ini begitu hebat dan mencabar apatah lagi mendidik anak-anak seawal seusia bayi hingga 6 tahun.
Dek kerana kesabaran itulah yang membezakan guru-guru ini. Jika tiada sabar maka akan jadi seperti video klip dibawah. Rata-rata ibu bapa sangat marah dengan apa yang buat oleh guru tersebut.
Tadika di kenal pasti
Hasil siasatan para netizen, taska tersebut telah di kenalpasti dengan nama Tadika & Taska Integrasi Genius Khalifah yang terletak di Jalan Kebun Shah Alam. FB tadika itu turut di ser4.ng netizen
“Dia Cikgu Praktikal..”- Salah Seorang Bapa Murid Jumpa Pengetua Tadika, Ini Respon Yang Di Terima
Baru lepas jumpa pengetua sekolah Pn Anizah yg saya hormati yg terlibat kes menghempas budak hari ni..minta penjelasan sbb anak sy sekolah di situ jugak.
Katanya dari pihak sekolah tersebut.. cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan report polis telah dibuat.
Nk jumpa cikgu tu dah takde.. dah tak dibenarkan mengajar serta merta.. kejadian berlaku semalam. Cuma apa yg saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat amat ambil serius tentang perkara ini sbb cikgu tu bukan mengajar tetap.. hanya cikgu praktikal..
Pengetua sekolah memaklumkan kepada saya.. beliau telah pesan banyak kali pada setiap guru tetap mahupun praktikal supaya kawal emosi semasa mengajar, jangan mengambil tindakan melulu terhadap pelajar. Tetapi tidak diendahkan.
Saya amat menghormati pengetua sekolah tersebut kerana beliau amat berdidikasi terhadap anak murid beliau dan beliau juga sangat aktif dalam memaklumkan perkembangan setiap pelajar di sekolah tersebut.
Mmg x wajar apa yg dilakukan oleh individu tersebut.. kerana setitik nila habis semua cikgu mendapat tempias nya termasuk pihak sekolah.. pihak sekolah tu dah 30 tahun beroperasi.. ni kejadian pertama berlaku..
Saya dapat berita tadi terus bergegas ke skolah.. sbb nak pastikan apa yg berlaku sebenarnya. So mmg x patut cikgu tu buat macam tu
Sy mendapat makluman Tujuan rakaman tu dibuat utk hantar ke pihak universiti katanya, sebab mereka praktikal di situ.. video tu tersebar sebab tunang kpd cikgu yg merakam video tu nampak kejadian tu sebelum video tu dihantar ke pihak university utk tujuan semakan kualiti kerja semasa praktikal..pastu dia tak puas hati dia viralkan.
Sumber :FB Sheikh Al Fariq & Tadika & Taska Integrasi Genius Khalifah
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply