Saat Gembira 11 calon SPM pergi bercuti bertukar tragedi! Kini baru faham kenapa arwh ulang 2 kali ungkapan ‘sekarang ni happy, selepas ni tak ada dah’

Setiap pertemuan, pasti akan berakhir dengan perpisahan.

Begitulah kisah persahabatan 11 remaja ini yang merupakan rakan sekelas dari sebuah sekolah menengah di Johor.

Siapa sangka, detik gembira bercuti bersama-sama selepas tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi detik yang paling tragis dalam kamus persahabatan mereka.

Ini kerana salah seorang rakan mereka menggal dunia akibat terbabit dalam kecelaka-an jalan raya ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah lokasi peranginan.

“Percutian yang terselit pemergian,” demikian kapsyen pada sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pelayar yang sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Aleya Natasha berkata sehingga kini dia dan rakan-rakan yang lain masih bersedih dengan tragedi yang menimpa sahabat mereka, Muhammad Asyraf Abdullah.

Riak wajah gembira Allahyar ham Muhammad Asyraf ketika bercuti bersama rakan-rakannya, minggu lalu.

Mengimbas kembali detik duka yang berlaku pada 21 Mac lalu, gadis yang senang disapa sebagai Aleya berkata, mereka yang terdiri daripada 11 sekawan bercuti dan melakukan aktiviti riadah bersama-sama memandangkan selepas ini kesemuanya sukar bertemu dan membawa haluan masing-masing.

Plan berjalan sebagaimana yang dirancang. Yang perempuan naik kereta, dan yang lelaki menunggang motosikal. Kami bertolak ke sebuah taman tema air di Desaru dahulu. Selesai mandi manda, kami bertolak ke sebuah homestay pula.

“Dekat homestay tu kami buat barbeku dan melepak di pantai yang memang terletak berdekatan. Arwh yang uruskan bab barbeku ni. Masa rekod video ucapan ketika barbeku, arwah ada kata ‘semoga dapat result yang baik’.

Allah yarham Muhammad Asyraf (kanan) berkonvoi menaiki motosikal bersama rakan-rakan sekelasnya.

“Sedih sangat mengenangkan selepas ini kami tak dapat ambil keputusan sama-sama,” kata gadis berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Bahru ini.

Bercerita lebih lanjut, Aleya berkata selepas selesai bersarapan keesokan hari, kesemua mereka bercadang untuk mengunjungi Pantai Batu Layar terlebih dahulu sebelum pulang.

“Sebelum bertolak dari homestay, kami dah saling berpesan supaya bawa motor elok-elok. Dipendekkan cerita, kami yang berkereta tiba dahulu di pantai tu.

“Sambil menunggu kawan-kawan yang naik motor, tiba-tiba dapat WhatsApp daripada mereka beritahu Asyraf kemalngan. Mereka hantar gambar juga. Masa tu memang menggeletar, rasa serabut. Terus kami patah balik ke lokasi.

“Menurut rakan kami, arwah kemalangan dengan sebuah kereta yang nak masuk simpang. Dia terjatuh dan sebuah kereta lain tak sempat elak lalu melang garnya. Ada seorang pengguna jalan raya sukarela tumpangkan keretanya untuk bawa arwh ke klinik berdekatan. Masa tu arwh masih bernywa.

Kami bertuah ada sahabat sebaik arwh. Dia memang sering ingatkan kawan untuk jangan tinggal solat.

NUR ALEYA NATASHA

“Kami semua ikut ke klinik manakala dua orang rakan pergi buat report di balai polis. Lebih kurang setengah jam menunggu luar klinik, doktor beritahu Asyraf tak dapat diselamatkan,” ceritanya sambil menambah, Allah yarham mengalami kecedraan pa.rah di kepala.

Menurut Aleya, arwh Muhammad Asyraf tidak menunjukkan perubahan ketara sewaktu percutian, melainkan ada menyatakan rasa sedih kerana masing-masing bakal membawa haluan sendiri.

“Arwh gembira saja. Cuma dia ada keluarkan ayat ‘Sekarang ni happy, selepas ni tak ada dah’. Dua kali arwh kata macam tu tapi kami tak rasa apa-apa pun.

Aleya dan rakan-rakan mengunjungi pusara Allah yarham Muhammad Asyraf.

“Masa tu fikir nak spend time dengan kawan-kawan dan nikmati momen gembira… tak mahu fikir perkara-perkara sedih. Tapi bila dia tak ada, barulah teringat semula ayat tu,” ujar Aleya.

Katanya lagi, walaupun Muhammad Asyraf sudah tiada, namun grup WhatsApp mereka tetap tidak sunyi malah ketiadaan arwh ‘diambil alih’ oleh bapanya.

“Arwh merupakan anak sulung daripada dua adik beradik. Ayah arwh ambil alih nombor arwh dan selalu berhubung dalam grup tu. Ayahnya malah bahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada kami.

Allah yarham Muhammad Asyraf (kiri, belakang) disifatkan sebagai seorang yang menyenangkan serta sering mengingatkan rakan lain agar tidak lupa solat.

“Dia akan jemput kenduri tahlil, malah selalu ajak kami datang ke rumahnya untuk bersembang. Mungkin dia mahu menghilangkan rasa rindu terhadap arwh anaknya.

“Kami bertuah ada sahabat sebaik arwh. Dia memang sering ingatkan kawan untuk jangan tinggal solat… kalau ajak beriadah atau apa jua aktiviti, memang dia selalu tak berkira masa.

“Saya tak sangka video ni viral kerana memang muat naik untuk abadikan momen yang tak mungkin dilupakan kami semua. Pada mereka di luar sana, terima kasih doakan sahabat kami, Muhammad Aysraf Abdullah,” katanya lagi.

Sumber: mstar

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Saat Gembira 11 calon SPM pergi bercuti bertukar tragedi! Kini baru faham kenapa arwh ulang 2 kali ungkapan ‘sekarang ni happy, selepas ni tak ada dah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*