Lama Tak Keluar TV, Fida Dedah Bakal Nikah Mei Ini Dan Rupanya Bakal Suami Dia Bukan Orang Lain Pun

Selepas segala perbincangan dibuat antara keluarga, pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, memaklumkan dia akan bernikah pada awal Mei ini.

Fida berkata dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan dijangka bernikah dalam bulan Ramadan dan diharap semuanya berjalan lancar seperti dirancang mereka.

” Perancangan awal kami untuk majlis pernikahan, memang nak dibuat sebelum Ramadan tapi tak sangka tarikh diputuskan itu jatuh dalam bulan puasa. Jadi, kami akur dengan keputusan keluarga.

” Syukur alhamdulillah, apa yang diharapkan semoga perancangan kami melangkah ke fasa berumah tangga, insha-Allah akan termakbul tidak lama lagi. Malah, majlisnya pun kami buat sederhana.

” Sekarang pun masih lagi pandemik, jadi segala aspek penganjuran majlis termasuk perkahwinan kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan kami ikut mana yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fida, dia dan bakal suami juga pada mulanya mahu mengadakan majlis nikah sahaja, tapi semua ahli keluarga ingin mereka membuat resepsi memandangkan dia anak bongsu.

” Apapun, masih banyak urusan yang perlu kami berdua selesaikan dahulu dan bila difikir-fikir, pemilihan Mei itu adalah tepat. Biarlah semuanya lancar.

” Persediaan dan persiapan pun saya buat biasa-biasa saja, tapi jika ada ahli keluarga dan sahabat yang mahu menambah apa-apa dirasa perlu, terpulang pada mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Januari lalu Fida mendedahkan dia sendiri yang memberanikan diri melayang pertanyaan lamaran kepada lelaki pilihannya kerana mereka sudah kenal lama.

Bakal suami bekas pengurus sendiri

Masih merahsiakan identiti bakal pasangannya yang disebut-sebut ‘bekas pengurus’ sendiri, Fida berkata mereka saling mengenali lebih 10 tahun lalu.

Ujarnya, bakal suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantu, termasuk Allahyarham ibunya juga amat menyayangi lelaki berkenaan.

Kata Fida yang pernah membintangi drama Cinta Tikar Sejadah dan Setulus Janji, arwah ibunya juga merestui hubungan mereka sebelum meninggal dunia pada Mei 2017.

Pernah membintangi filem Adik Manja Returns, Fida juga adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd dan dia pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Lahir pada 4 Jun 1986, Rafidah juga merupakan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 dan sepupu kepada penyanyi wanita Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik.

Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.

Fida pernah menjalin hubungan cinta dengan pelawak, Mamat Sepah namun hbungan mereka tidak kekal.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment on "Lama Tak Keluar TV, Fida Dedah Bakal Nikah Mei Ini Dan Rupanya Bakal Suami Dia Bukan Orang Lain Pun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*