Hiburan

Erra Fazira belum sempat jumpa Aleesya slps pernikahan Engku Emran, tapi sempat beri pesanan kepada anaknya mmg `deep`

Perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila pada Jumaat 19 Mac 2021 sememangnya menjadi perhatian warganet pada hujung minggu lalu.

Walaupun mereka bukanlah seorang artis, namun disebabkan berada dalam dunia selebriti, pasangan tersebut telah mendapat tempias populariti yang luar biasa.

Namun begitu, selain Engku Emran dan Noor Nabila, anak gadis Engku Emran dengan bekas isterinya, aktres Erra Fazira turut mencuri perhatian media.

Tak kenal secara dekat

Menerusi Astro Gempak, Erra sempat ditanya mengenai hubungan antara bekas suaminya dan Nabila. Namun dia mengakui tidak mengetahui perkara tersebut dan hanya sekali bertemu dengan kakak kepada Neelofa itu.

“Saya memang tak tahu mengenani hubungan mereka, saya sama sahaja seperti yang lain juga.”
“Saya tahu Nabila, tetap tidak mengenali secara dekat, kami pernah berjumpa pun sekali sahaja,” katanya.

Belum jumpa anak lagi

Erra juga mengakui belum berkesempatan dengan bertemu dengan anaknya lagi sejak majlis pernikahan bekas suaminya.

“Saya masih belum berjumpa dengan Aleesya sejak dia dapat mak baru ini disebabkan masa yang belum mengizinkan.”
“Tapi saya sangat pasti yang dia okey sahaja, dia sayang adik baru dia Jayden, jadi saya rasa perkara ini tidak memberi masalah untuknya, setakat ini dia gembira sahaja, syukur Alhamdulillah.” tambahnya.

Titip pesan buat Aleesya

Namun dia hanya ingin menitipkan pesan buat Engku Aleesya supaya menjadi anak yang solehah buat bapa dan ibu tirinya.

“Saya hanya nak ucapkan untuk anak saya, semoga Aleesya menjadi anak yang solehah, baik dan taat tentunya kepada ayahnya dan juga ibu Nabila.”
“Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga yang besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you,”pesan Erra.

Yakin anak dah faham

Dalam pada itu, aktres tersebut juga yakin bahawa Aleesya sudah matang dan faham dengan institusi perkahwinan. Jadi dia tahu yang anaknya dapat menerima situasi tersebut dengan positif kerana sudah pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.

Untuk makluman, Erra Fazira dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2007 dan berpisah pasa 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Kahwin, Saya harap Aleesya bergurau sajalah- Erra Fazira

Penyanyi dan primadona filem tanah air, Erra Fazira, 46, memberi bayangan, dia tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat.

Menurut Erra, bagaimanapun, hasrat itu cuma dapat direalisasikan sekiranya puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran,11, menyatakan persetujuannya.

“Saya mestilah okey sahaja kalau anak kata okey. Tapi kalau adalah jodohnya.

“Pernah sebelum ini saya usik Aleesya kalau saya nak kahwin lagi macam mana? Beberapa kali juga dia jawab tak payahlah.

“Saya harap dia cuma bergurau sajalah cakap begitu (tertawa),”katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui dalam majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Hotel Shangri-La di ibu kota, hari ini.

Selain itu, kata Erra, seandainya dia ingin mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia tidak menolak untuk memaklumkan perkara baik itu kepada semua pihak.

“Ada orang anggap berdiam itu lebih baik. Tetapi mungkin bagi saya, memaklumkan pada semua adalah lebih manis,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai respons Aleesya tentang kehadiran Nabila Mohd Noor sebagai ibu tirinya yang baru, Erra berkata anaknya itu gembira selain teruja mempunyai adik baharu.

“Dia selalu sangat minta nak jadi kakak. Jadi sekarang bila ada Jayden, saya boleh nampak dia sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.

“Di bibirnya selalu berbicara mengenai kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu ‘smart boy’. Aleesya nampaknya sangat sayangkan Jayden,”katanya.

Sumber: Astro Gempak (Asraf Aided)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *