Tempatan

Akhirnya persoalan siapa ‘pergi’ dulu terjawab, adik dedah apa yg arwah kakak pernah beritahu – “Kami sekeluarga hanya mampu terdiam”

LULUH hati seorang anak menerima berita pemergian ibu dan kakak yang lemas selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik.

Salah seorang daripada 11 anak Allahyarhamah Hasmah Mat Isa, 69, berkongsi kesedihan menerusi posting di laman Instagram selepas kedua-dua mangsa selamat dikebumikan.

“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami semua hari ni, cantik sangat rumah baru arwah mak kakak. Kemas bersih je, tenang sangat tengok.

“Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa arwah emak dan kakakku, Kau muliakan lah mereka, Kau rahmati lah mereka, Kau tempatkan lah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya menerusi akaun haney_nieza pada Isnin malam dengan tanda pagar (hashtag) #21/03/2021DalamKenangan.

Lokasi kejadian di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Kedah.

Haniza atau lebih dikenali sebagai Hani turut memberitahu kakaknya, Allahyarhamah Noraiza Hashim, 28, pernah menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka.

“Allahuakbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat tahu baru-baru ni arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak pergi sama-sama dengan arwah mak.

“Tak sangka doa-doa dia termakbul. Doa-doa arwah mak pun termakbul, arwah mak nak sangat m4ti syahid macam arwah mak dia m4ti sebab jatuh telaga.

Kenangan… Hani (kiri) bersama bapa, Hashim Ariffin (dua, kiri), Hasmah, Noraiza dan seorang ahli keluarga.

“Masa tu arwah mak baru tujuh tahun tak silap, dia lagi awal rasa sakit kehilangan orang yang dia paling cinta. Arwah mak selalu juga tanya anak-anak, siapalah yang akan pergi dulu antara kita ni sebab kami satu famili 13 orang termasuk arwah mak dan abah.

“Dia selalu minta nak pergi dulu dari abah dan anak-anak. Dia tak mahu abah dan anak-anak pergi dulu dari dia sebab dia tak sanggup kehilangan kami,” ujarnya beserta emoji menangis.

Dalam posting berasingan, Hani memuji kemuliaan ibunya yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan dan menjaga mereka 11 adik-beradik.

“Mak ku sayang, sesungguhnya mak insan yang paling mulia di mataku. Mak insan yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan dan menjaga kami 11 adik-beradik, besar pengorbanmu wahai emak.

“Kakakku sayang sesungguhnya Allah lebih sayangkan kamu, besar pengorbananmu cuba untuk selamatkan mak. Semoga syurga buatmu kakakku sayang, nanti kita jumpa kat sana OK. Tunggu tau. Ya Allah, aku tak mimpi kan.

Sesiapa yang mengenali mak dan kakak Hani, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat mereka, halalkan makan minum mereka. Ampunkan segala dosa-dosa mereka yang sengaja atau tidak sengaja. Kalau mereka ada terhutang sesiapa yang belum diselesaikan, mohon jumpa Hani.

“Ya Allah… Kau ampunkanlah segala dosa-dosa mereka. Haramkan wajah emak dan kakakku dari disambar oleh api neraka. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab. Al-Fatihah emak dan kakak,” ujar Hani.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua berank lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Kedah.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Ahad, siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan parkir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.

“Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jenazah dua beranak itu dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irsyad, pada Isnin.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *