
Makan menggunakan tangan bukan sahaja budaya orang Asia tetapi juga Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Selatan, sementara sudu dan garfu adalah peralatan asas dalam budaya makan Barat.
Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal bukan sahaja di rumah tetapi di restoran-restoran di mana sudu dan garfu disediakan.
Biasanya sudu dan garfu hanya digunakan untuk makanan makanan yang sukar untuk dipegang menggunakan tangan seperti mi dan sup.
Namun perkara itu tidak mengh.alang orang ramai untuk makan menggunakan tangan mereka, memandangkan makan menggunakan tangan adalah lebih memuaskan dan bermanfaat untuk penc.ernaan.
Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter ini di mana seorang wanita sedang menikmati semangkuk laksa Johor menggunakan tangannya.
Mungkin kebanyakan orang biasanya makan laksa menggunakan garfu dan sudu memandangkan makanan tersebut adalah makanan berkuah, menyebabkan a.ksi tersebut agak janggal bagi mereka.
today is the day i saw someone makan laksa johor with their hands.. and it's…. im speechless. pic.twitter.com/Se0QIvq02H
— piah kurus (@piargh) March 19, 2021
Namun menurut ramai netizen yang meninggalkan komen, makan makanan berkuah menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di banyak negeri seperti Johor dan Kelantan.
Reaksi Orang Ramai
Kredit : HCL
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply