Hiburan

Cantiknya Isteri, Coach Yin Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Sebelum ini nama seorang jejak yang dikenali dengan nama Coach Yin telah menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan pernah menjadi kekasih usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Bagaimanapun, hubungan tersebut sudah pun berakhir dan mereka telah membawa haluan masing-masing.

Terbaru, Coach Yin menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia kini sudah menamatkan zaman bujang dan sah bergelar seorang suami.

Coach Yin dan isteri

Menerusi Instagram Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Bin Mohd Adanan telah berkongsi foto perkahwinan bersama isterinya yang dikenali dengan Yeen Azmin. Difahamkan, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan semalam dan majlis tersebut berlangsung di Kota Bahru, Kelantan.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, pasangan ini dilihat bagai pinang dibelah dua. Memang sama cantik sama padan lah! Ditambah pula apabila pasangan ini menggayakan busana pengantin berona putih sambil diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. Terpancar kegembiraan di wajah pasangan romantis ini.

Pasangan romantis!

Malah sebelum ini juga, Coach Yin ada berkongsi serba sedikit ciri-ciri yang ada pada wanita itu sehingga membuatkan dia tertarik untuk menjadikannya sebagai suri hatinya. Menurut Coach Yin, isterinya itu seorang yang pandai memasak, pandai menjaga kanak-kanak dan paling penting menjaga solat.

Bagai pinang dibelah dua

Bersama keluarga, rakan

Meriahnya…

Cantiknya isteri Coach Yin

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa gembira sambil mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas perkahwinan tersebut. Tidak kurang juga ada yang menitipkan doa agar Coach Yin dan isteri diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dapat menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh keberkatan.

Sumber: Coach Yin, Yeen Azimin, Amytouch Officially

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *