Remaja 17 tahun dikompaun RM10,000 tak daftar masuk kedai runcit

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak mendaftar butiran

atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka.

Pelajar Tingkatan Lima itu yang enggan dikenali, mendakwa dia dikenakan kompaun tersebut pada Ahad, ketika

bergegas ke kedai runcit berdekatan dengan rumahnya bagi mendapatkan ubat parasetamol untuk ibunya.

“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama parasetamol di kedai tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis

berpakaian biasa melihat saya dan mengeluarkan kompaun,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

“Saya tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan dan kompaun terus dikeluarkan, tetapi saya faham, polis

menjalankan tugas mereka,” tambahnya.

Remaja itu berkata, dia mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah.

Tambahnya, pendapatan bapanya tidak cukup untuk membayar kompaun tersebut, sementara ibunya merupakan suri

rumah.

“Saya amat berharop, saya dapat membuat rayuan berhubung kompaun tersebut dan mencari wang untuk

menyelesaikannya tanpa membebankan ibu bapa saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi berkata,

pelajar tersebut boleh membuat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah (PKD) Melaka Tengah bagi pengurangan

jumlah kompaun. – The Star

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*