“Jangan La Kecam, Banyak Improve Tu”- Warga Twitter Beri Sokongan Persembahan ‘Peluang Kedua’ Nabila Razali

Malam ini Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mempertandingkan 12 lagu yang bakal berentap merebut gelaran juara.

Ramai yang menantikan kemunculan Nabila Razali membawa lagu peluang kedua ciptaan Hael Husaini & MFMF. Lagu ini pernah menjadi viral dek kerana penyanyi asalnya yang pernah ‘terkucil’ sewaktu menyanyikan lagu ini.

Justeru itu ramai yang agak risau dan mengharapkan Nabila Razali dapat membawa lagu ini dengan baik.

Namun di twitter ramai yang memuji kesungguhan Nabila Razali yang di lihat mencuba sehabis baik sehingga beliau di lihat mahu menangis sewaktu membawa lagu ini.

Lari pitching sikit

Ada percubaan buat falsetto

Beri sokongan

Improve banyak

You did really well tonight

 

Video

sumber : twitter , HMT network

Jangan pandang rendah Nabila Razali – Azmeer

Salah seorang juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung malam ini, Azmeer memaklumkan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki mempunyai peluang cerah untuk menduduki tiga tangga teratas lagu terbaik.

Kata Azmeer atau nama lengkapnya, Mohd. Azhar Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, selain lagu dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki itu, terdapat enam buah lagu lain yang turut mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

“Sudah ada markah pra-penjurian untuk ke semua 12 lagu bertanding. Saya tidak boleh dedahkan berapa markahnya namun peratusan markah pra-penjurian agak besar.

Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki dikatakan mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai juara keseluruhan AJL35.

“Ada sesetengah pihak yang meramalkan lagu Gila berpeluang besar untuk bergelar juara. Sebagai juri profesional, saya tidak menafikan perkara itu namun perlu diingatkan, persembahan ke semua finalis malam nanti juga penting,” kata Azmeer.

Komersil Peluang Kedua

Mengulas lebih lanjut tentang kualiti lagu Gila, Azmeer berkata, lagu bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.

“Gila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.

“Dari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azmeer turut tidak menolak kemungkinan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF mampu membuat kejutan malam nanti.

“Jangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang.

“Kita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.

“Walaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi. Sejujurnya, saya tak sabar nak tengok dia nyanyi malam ini sebab masa separuh akhir, dia tak dapat nyanyi sendiri lagunya,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*