Dakwaan Ibu tak restu, Hannah Delisha akhirnya buka mulut

RENTETAN daripada pelbagai kisah perkahwinan dan masalah keluarga terdedah sehingga menimbulkan pelbagai persoalan, aktres Hannah Delisha akhirnya bersuara bagi meredakan keadaan.

Ujar Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, sebagai manusia dia juga tidak dapat lari daripada berdepan masalah peribadi.

“Minta maaf di atas segala perhatian yang tidak diingini terhadap saya pada ketika ini.

“Ya, sama seperti anda saya pun mempunyai masalah peribadi. Saya mohon maaf yang ia sudah sampai ke pengetahuan umum,” katanya.

Hannah memuat naik kenyataannya di Insta Story.

Hannah berkata demikian menerusi kenyataan tiga para di Instastory, Instagram miliknya pada Rabu malam.

Sejak awal minggu ini nama Hannah hangat diperkatakan bermula daripada dakwaan apabila perkahwinannya dengan Imam Shah, 32, didakwa tidak mendapat restu ibu Hannah iaitu Noor Asyikin Ahmad.

Ya, sama seperti anda saya pun mempunyai masalah peribadi.

Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh Hannah berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.

Sementara itu dalam kenyataan sama Hannah berkata sebolehnya dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadi kepada umum.

“Sejak saya menceburi bidang ini, tujuan dan niat saya memang hanya untuk menghiburkan anda semua menerusi kerja, bukan mengenai kehidupan peribadi saya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menghindarkan diri daripada terpalit dengan cerita gosip dan ingin membanggakan negara kelahiran saya (Singapura).

“Saya harap tujuan dan niat asal saya itu dapat diteruskan seperti biasa… InsyaAllah,” ujarnya.

Perkahwinan Hannah dan Imam dikatakan tidak direstui ibu aktres tersebut.

Sementara itu, Hannah juga memohon maaf jika kisah peribadinya kini menimbulkan rasa kurang senang peminat dan segelintir pihak.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dan memberi ruang privasi kepadanya ketika saat sukar ini.

“Sekali lagi saya mohon maaf di atas berita kurang menyenangkan mengenai saya dan keluarga.

“Apa yang saya harapkan ialah doa anda semua dan saya diberikan privasi dalam menghadapi detik-detik sukar ini,” katanya.

Warisi Bakat Seni Ibu

Mungkin tidak ramai tahu, bakat seni pelakon muda kelahiran Singapura, Hannah Delisha, diwarisi daripada ibunya, penyanyi era 80-an, Noor Ashikin.

Ibu kepada pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Scorpio pada penghujung tahun 80-an dan dikenali dengan lagu seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

Beliau muncul di persada seni lebih kurang sama waktunya dengan Wann, Fauziah Latiff, Ella dan Datuk Awie.

Jadi, tidak hairanlah apabila Hannah turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah pernah merakamkan lagu seperti Retak (2014) dan Anugerah (2016).

“Semua itu cerita lama. Sekarang saya bersyukur warisan seni diteruskan oleh anak sendiri. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Kata Noor Ashikin, beliau berbangga dengan pencapaian awal anak perempuannya itu dalam bidang seni.

“Saya amat berharap dia akan terus berpijak di bumi nyata. Semoga tumpuannya dalam dunia seni juga tidak terganggu,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat dan perancang kepada kerjaya seni anaknya yang akan genap berusia 21 tahun pada 27 Oktober ini.

sumber: mstar.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dakwaan Ibu tak restu, Hannah Delisha akhirnya buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*