Hiburan

Dulu selalu dik3cam kerana Pakai gelang emas, Kini MK K-Clique berlari mengejar hidayah Allah

Dalam ramai-ramai ahli kumpulan K-Clique tu, MK boleh dikatakan antara yang selalu mendapat perhatian dan ramai peminat dalam kalangan kaum Hawa. Sebab itulah, video-video yang dimuat naik oleh penyanyi dari Sabah ini sering mendapat perhatian gegadis di media sosial.

Terbaru, MK ada memuat naik sebuah video di TikTok miliknya menunjukkan dia ‘miming’ mengikut lirik lagu di platform tersebut. Segak berbaju Melayu warna hijau dan bersongkok, MK membuat video ala-ala macam nak pikat hati gadis pilihan sebab lirik lagu tu adalah tentang mahu menikahi wanita.

Seperti selalunya, ramai gadis akan terpesona melihat senyuman dan gaya MK tapi kali ini dia sebaliknya menjadi perhatian disebabkan hal yang lain.

Menerusi video itu, ramai yang fokus di tangan kiri MK yang dilihat memakai seutas gelang emas. Jadi, netizen terus memberi komen dan mengkritik MK kerana menggayakan gelang emas yang sememangnya haram untuk lelaki. Seorang peminat berkata,

HAR4M tetap H4RAM ya orang kampungku. Mau beli emas untuk simpanan dibolehkan tapi kalau pakai memang H4RAM untuk lelaki.”

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk cuba menasihati dengan cara yang baik dan ada juga sesetengah yang mengecam tindakan MK memakai gelang emas.

Tapi ada juga segelintir gadis/wanita yang ‘tak ambil port’ pasal MK pakai gelang emas dan sebaliknya tetap memberi komen tentang penyanyi kesukaan mereka ini. Baca antara komen-komen dari netizen di video TikTok tersebut:

MK Keluar 3 Hari

Guys MK pun keluar 3 hari guys … Masyallah , budak-budak muda Sabah ni kalau kena tasykil mudah insyallah … Pengalaman jemaah-jemaah yang keluar dakwah di Sabah memang selalu beri laporan ramai pemuda walaupun zahirnya nampak “rock&blues” namun hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah.

Allah sayang … Bila mana satu orang mula datang kepada agama, bertemu orang-orang soleh itu tandanya ada perkara baik yang Allah SWT inginkan utk dirinya.

Pandanglah walau 1 kebaikan pun yang ada pada orang lain walaupun dalam dirinya ada 1000 kebu.rukan.

Ambik beg … Ciao ciao ciaooo 3 hari  Jom 3 hari !

Kredit Farith zul

Kumpulan K-Clique merupakan sebuah nama yang telah mencipta fenomena baharu dalam dunia muzik Hip Hop semasa, selepas beberapa lagu mereka mendapat perhatian dan meraih jutaan tontonan di laman Youtube.

Antara lagu hits K-Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna.

Di kalangan kesemua anggota kumpulan ini, tidak dinafikan MK antara yang acapkali menerima publisiti di muka media, serta menjadi buah mulut di kalangan peminat, khususnya wanita.

Jom berkenalan lebih rapat dengan bintang rap ini yang dikatakan sudah berjinak-jinak dengan muzik hip hop sejak zaman persekolahan lagi.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Dikenali umum sebagai MK (K-Clique).

2. Nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

3. Berusia 23 tahun (2019).

4. Kelahiran Tawau, Sabah.

5. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

6. Merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua daripadanya telah meninggal dunia.

7. Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

8. Menganggotai kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Fakta Menarik

‘MK’ merupakan singkatan kepada namanya sendiri iaitu Muhammad, manakala K pula merujuk kepada nama ibunya, Kamariah.

MK bersama K-Clique mula bertapak daripada komuniti muzik ‘underground’.

Mengidolakan bintang hip hop ternama, kumpulan Too Phat.

Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Bercadang menetap di Kuala Lumpur sekiranya keadaan stabil dan mendapat kata sepakat daripada ahli K-Clique yang lain.

Dahulunya beliau merupakan penggemar sukan futsal dengan turut menubuhkan pasukannya sendiri dinamakan sebagai Whuutt FC.

Mempunyai personaliti yang santai, juga seorang yang pemalu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *