Hiburan

Kenyataan Mak dan Bapak Sajjat Sebelum ini Lebih Mengejutkan

Belum reda lagi kontroversi menimpa usahawan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Di mana dia diburu JAIS mahu menangkap dirinya.

Kini timbul pula kontroversi baru yang menjadi bualan hangat netizen.

Baru-baru ini, Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian, video berdurasi 1 minit 45 saat berkenaan.

Ia memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu murtad.

Ia selepas meluahkan kekecewaan dengan tindakan orang sekeliling termasuk perkara yang berlaku kepadanya.

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, tindakan orang ramai termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar.

Sebaliknya membuatkan dirinya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak.

Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,”katanya.

Namun begitu, tarikh muat naik video itu tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan video baharu atau lama.

Terdahulu, satu serbuan telah dijalankan oleh pihak berkuasa pada hari Sabtu di kediaman Sajat yang terletak di Seksyen 10, Kota Damansara bagaimanapun usahawan tersebut tidak ditemui.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tonton Video KLIK DI SINI

Kenyataan Mak dan Bapak Sajjat Sebelum ini Lebih Mengejutkan

Susulan dikecam bertalu-talu oleh netizen berikutan media mendedahkan nama sebenarnya, Sajjad atau panggilan komersialnya, ‘Sajat’, mengadu kepada ibu bapanya.

Dalam video yang dimuat naik 10 jam lalu di Instagramnya, Muhammad Sajjad datang menghampiri ibunya di dapur merengek seperti keanak-anakan kecewa dirinya dikecam netizen.

Namun, ibunya menegaskan Sajjad adalah perempuan dan dia lebih mengetahui perkara itu kerana dia yang melahirkan Sajjad.

“Mak yang lahirkan Sajat, mak yang mengandungkan Sajat, apa nak pedulikan diorang?

“Banyak sangat cakap, nampak cili ni? Cili padi kampung ni ha kalau kena mulut orang mengata tu ha,” kata ibunya.

Turut bersama dalam video itu, bapa Sajjad, yang menegaskan Sajjad adalah perempuan, bukannya lelaki seperti yang didakwa.

‘Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok. Sekali imbas je boleh,” seloroh bapanya membuatkan Sajat dan ibunya ketawa.

Menurut Sajjad, dia dan keluarganya memang rapat dan sering mengadu masalah yang dihadapinya dengan mereka.

“Orang luar takkan faham apa kita rasa. Hanya mak dan ayah sahaja yang tahu siapa anak dia. Bukan wartawan, bukan orang luar.

“Ini mak saya, mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya. Mak saya kata saya khunsa.

‘Saya sedih orang dok hina-hina saya. Bukan saya nak jadi macam ini. Siapa nak dilhairkan serba kekurangan.

“Alhamdulillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya.

Bila berlaku macam ni, keluarga tetap support saya. Biarlah orang hina kita, keji kita, bercakap macam-macam pasal kita.

“Mereka kenal kita di media sahaja, bukan dia tahu Sajat siapa! Tak apa Sajat, mak ayah ada, orang nak kata apa, katalah.

Yang penting mak ayah saya tahu saya siapa. Saja buat saja kerja Sajat. Jaga anak, perniagaan dan diri.

Fokus berniaga. Kita susah pun orang mengata. Asalkan Sajat tak ada tipu duit orang,” tulisnya di Instagram.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin), Facebook Viral Fantasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *