Viral

Tak Cukup Nafas Lelaki Ini Bila Kejar Seorang Anak Murid Yang Lari Dari Sekolah Pada Hari Pertama Sekolah Dibuka (Video)

Umumnya mengetahui, hari ini merupakan hari pertama sesi persekolah secara bersemuka bagi tahun 2021.

Sebelum ini, para pelajar hanya mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan pand3mik Cov-19 yang melanda.

Namun, di sebalik pembukaan semula sekolah ini, terdapat banyak ragam yang ditonjolkan oleh murid-murid darjah satu terutamanya.

Hal ini demikian kerana, ia merupakan pengalaman pertama mereka ‘menjejakkan’ kaki ke sekolah setelah dua tahun di tadika. Macam-macam ragam ya, siap ada yang nangis lagi!

Hari pertama persekolahan

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongsi Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook yang berdurasi satu minit, memaparkan telatah murid darjah satu yang dipercayai melarikan diri dari sekolah. Video tersebut telah dirakam oleh seorang lelaki yang cuba memujuknya.

Namun, segala pujukan itu tidak berhasil dan lelaki itu tercungap-cungap penat mengejar murid tersebut. Tidak berakhir di situ, lelaki ini sempat untuk menawarkan diri untuk menghantarnya semula ke rumah.

Pakcik hantar balik, ada polis marilah pakcik hantar balik.

Walau bagaimanapun, usahanya untuk ‘membantu’ murid itu telah dibantu oleh seorang wanita yang menaiki motosikal.

Setelah ditahan, murid tersebut telah dibawa menaiki motosikal bersamanya. Namun, tiada sebarang info tambahan mengenai kejadian di sebalik video tersebut.

Video penuh

 

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat murid itu. Video tersebut telah meraih lebih 7k tanda suka dan dikongsi lebih 2.6k oleh pengguna Facebook yang lain. Buat hal lah kau dik!

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis via Oh Bulan

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook MH Networks

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *