Pelajar SPM Ceritakn Apa Yg Berlaku Kepadanya Masa Jawab Exam Selepas Tatap Jasad Bapa Buat Kali Trakhir

” Saya masuk 20 minit lewat ke dalam dewan peperiksaan selepas ‘bertemu’ ar.wah ayah, fikiran saya agak terganggu tetapi saya cuba memberi tumpuan untuk menjawab kertas Sejarah,” kata Muhammad Haikal Iskandar Zambry, 18.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru berkata, sejak ayahnya dimasukkan ke hspital minggu lalu akibat kegaga.lan fungsi buah pin.ggang, mereka sekeluarga tidak berpeluang mela.wat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang COV-19.

” Hati saya resah… Sudahlah langsung tidak dapat menjenguk ayah sejak seminggu lalu, jadual peperiksaan juga tidak mengizinkan saya untuk menghadiri pengebumian ar.wah ayah.

” Namun, permintaan emak supaya membawa jnzah ayah ‘singgah’ di sekolah sedikit melegakan hati, walaupun sedih ayah sudah tiada sekurang-kurangnya dapat melihatnya buat kali terakhir,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini.

Semalam, tular di media sosial yang memaparkan Muhammad Haikal diberi kesempatan menatap wajah ayahnya yang sudah tidak bernyawa buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM.

” Menghampiri jam 10.00 pagi untuk peperiksaan Sejarah K2.. Van jnzah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernya.wa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir..”

” Semoga Allah memberikan kekuatan kpd Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM. Kuatkan semangat…

” Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM…Anak ini diuji dengan peme.rgian ayahnya hari ini…Allahu Akbar…

” Semoga Allah menempatkan roh Allahyrham dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh… aamiin ya rabbal’alamin” tulis seorang guru bernama Badariah Mohd Mohaidin.

Video detik itu sempat dirakam guru bimbingan dan kaunseling tersebut.

Muhammad Haikal Iskandar berkata, kali terakhir dia berjumpa ar.wah ayahnya Khamis minggu lalu sebelum dia ke kelas tambahan.

Menurutnya, ar.wah bapanya sudah lama menghid.ap kega.galan fungsi buah pi.nggang, namun baru-baru ini pnya.kitnya semakin ter.uk hingga menga.kibatkan keros.akan hati selain jngki.tan kuma.n dalam drah yang menjadi penyebab kema.tiannya.

” Ketika pulang dari kelas tambahan, saya diberitahu ayah dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping, Jumaat lalu.

” Sebelum dimasukkan ke wad, ayah berpesan supaya menjaga emak dan adik-adik.

” Bermakna sejak seminggu lalu jugalah saya tidak berpeluang bertemu, menatap, apatah lagi bercakap dengan ayah, sehingga dimaklumkan ayah sudah tiada petang kelmarin (Selasa),” katanya.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, dia berterima kasih kepada yang cuba menenangkan dan mengizinkannya menatap wajah ayahnya buat kali terakhir dalam pada rakan-rakannya yang lain sudah masuk ke dewan peperiksaan. ‘

Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital ar.wah ayahnya berkelakuan pelik apabila amat berselera makan masakan kampung.

Muhammad Haikal Iskandar berkata, dia akan menunaikan hasrat ar.wah ayahnya supaya ‘menggantikannya’ untuk menjaga keluarga memandangkan dia anak lelaki sulung dalam keluarga.

” Apa pun terjadi, saya akan lakukan yang terbaik dalam SPM kali ini,” katanya.

 

Sumber:hmetr0 via asiakini

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelajar SPM Ceritakn Apa Yg Berlaku Kepadanya Masa Jawab Exam Selepas Tatap Jasad Bapa Buat Kali Trakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*