Rider Mcm Tak Percaya Buka Sampul Ada RM1OOO. Terus Dia Telefon Pelanggan Itu Dan Ini Yg Akak Tu Cakap

” Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki saya,”

Itu luahan penghantar makanan, Muhammad Faris Faizul di Facebook beliau yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menurut Muhammad Faris, 28, beliau memuat naik hantaran mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,OOO daripada seorang pelanggan wanita.

Dia berkata, dia menerima wang berkenaan selepas menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Muhammad Faris berkata, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.

” Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.

” Sama juga seperti kelmarin kerana sebaik menerima pesanan, saya bergegas mengambil makanan dipesan di restoran dan menghantarnya ke rumah pelanggan jam 5.25 petang.

” Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,OOO di dalamnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.

” Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu.

” Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.

Menerusi tangkap layar aplikasi pesanan, Muhammad Faris menghantar mesej bagi membuat pengesahan dengan pelanggan adakah betul duit berjumlah RM1OOO itu diberikan kepadanya.

Pelanggan itu kemudian membalas mesej dengan mengatakan duit itu memang disedekahkan kepada Muhammad Faris.

” Ye dik, rezeki adik..doakan akak dapat zuriat, nanti kongsilah dengan kawan-kawan dik yer.. minta dorang doakan akak semoga cepat dapat zuriat, okay hati-hati.” tulis pelanggan itu yang membahasakan dirinya sebagai ‘akak’.

Mesej itu kemudian dibalas Muhammad Faris yang mendoakan agar pelanggan wanita itu dikurniakan cahaya mata.

Tambah Muhammad Faris beliau pada mulanya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantarannya.

Muhammad Faris berhasrat menyumbang sebahagian wang diterimanya kepada anak yatim.

” Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.

” Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan,” katanya.

Sumber:hmetr0

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Rider Mcm Tak Percaya Buka Sampul Ada RM1OOO. Terus Dia Telefon Pelanggan Itu Dan Ini Yg Akak Tu Cakap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*