Hiburan

Jehan Miskin Akhirnya Jadi Ayah Selepas 7 Tahun Menanti. Ini Nama Anak Diberi, Memang Lain Dari Yg Lain

Terbaru, pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira bahawa isterinya iaitu Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan Jehan di laman sosial dengan memuat naik foto bersama cahaya mata pertamanya.

Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, kelahiran putera sulungnya pada tengah malam hari ke sembilan sambutan Tahun Baru Cina diiringi letupan bunga api.

Tambah Jehan lagi, putera kesayangan itu diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

” Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, awak benar-benar keajaiban, ” tulis Jehan.

Ruangan komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti antaranya Alif Satar, Sherry Alhadad, Anis Nabila dan Esma Daniel.

Sebelum ini, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan dirinya hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

” Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segalanya-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa!

” Saya dapat bayangkan yang perjalanan ini akan menjadi sesuatu hal yang mengujakan,” katanya menerusi satu posting di Instagram miliknya pada September tahun lalu.

Sebelum ini Jehan pernah berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.

” Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua.

” Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggI dnia.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Manjalara itu mendirikan rumah tangga dengan Julie pada Mei 2013.

Sekilas info tentang Jehan Miskin

Diahirkan pada 4 Disember 1979, Jehan Miskin merupakan seorang pelakon, peragawan, pengacara dan pengarah Malaysia.

Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak.

Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama.

Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan.

Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga acara luar.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *