Alhamdullilah. Tengku Zafrul Beritahu Status Terkini ISinar Tanpa Syarat, Serta Yang Mana Dah M0hon Dan Yang Tengah Pr0ses

PUTRAJAYA: B.utiran lanjut mengenai pem.ansuhan s.yarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mempermudahkan ahli membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 akan mengambil sedikit masa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini kerana ia akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP.

“Masa juga diperlukan untuk membek.ukan trans.aksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP untuk mengkreditkan d.ividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman di.viden pada hujung Februari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Ko.ordinasi Sti.mulus Ek.onomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-41, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, langkah itu diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa ak.ibat pand.emik C0VID 19.

“Sehubungan itu, kerajaan juga sudah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan pr.oses kelulusan, terutama bagi mereka yang sudah pun membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Kerajaan pada 11 Februari lalu mengumumkan mengenai peman.suhan syarat i-Sinar KWSP bagi mempermudahkan ahli
membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

Pemansuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM 100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM 10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM 5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM 100,000 pula, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 atau maksi.mum RM 60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksim.um enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM 10,000.

Kredit : BHOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*