laki dh bertukar jd ‘NY4H pun ,bini masih setia bersama

Lelaki kongsi video berubah jadi ‘mak nyah’, isteri setia & terima seadanya

Minggu lalu, warganet dihujani berita berkenaan sepasang suami isteri dari Kelantan apabila video mereka tular di TikTok selepas mendedahkan kisah peribadi yang selama ini menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

Cerita mereka ini bukanlah sesuatu yang biasa kita dengar dalam kalangan masyarakat, lagi- lagi bila melihat si isteri bersuamikan seorang lelaki ‘mak nyah’.

Berkongsi transformasi

Mereka mula mendapat perhatian di TikTok apabila si suami yang menggunakan akaun bernama @abe_pink86, mendedahkan dia masih bahagia bersama isterinya walaupun sudah menukar diri menjadi seorang ‘mak nyah’.

Turut dikenali sebagai Abe Pink, lelaki yang berusia 35 tahun itu berkongsi cerita perubahan penampilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menurutnya, dia mengubah penampilan kepada seorang wanita sejak beberapa tahun lalu.

Isteri masih setia di sisi

Sungguhpun dia sudah beristeri, namun tetap nekad dan mahu meneruskan niat menukar dirinya menjadi mak nyah.

Begitupun, dia dan isteri tidak pernah terfikir untuk berpisah dan masih menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Isterinya juga yang dikenali sebagai Yana tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.

Anggap Ujian Dari Allah Buat Si Isteri

Menganggap perubahan yang berlaku terhadap Abe Pink merupakan satu ujian dan dugaan Allah ke atas dirinya. Abe Pink turut menyatakan dia juga tidak meminta perkara itu terjadi ke atas dirinya.

Menjengah komen-komen di media sosial, majoriti pengikut mendoakan agar dia berubah ke jalan yang benar, malah Abe Pink sendiri memohon warganet mendoakan supaya dirinya kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Ada juga warganet yang memuji si isteri dan menyifatkan sebagai seorang yang ‘tabah’ kerana sanggup menerima kekurangan suaminya dengan seadanya.

Semoga kekal bahagia

Semoga ‘abe’ kembali ke fitrah

Semoga kesetiaan dan kasih sayang isteri jadi asbab berubah

Berubah perlahan-lahan

Wanita yang baik menerima kekurangan suami.

Daripada kita mengecam, lebih baik kita doakan agar dia terbuka hati untuk menjadi lelaki sejati kembali suatu hari nanti. Amin!

Sumber: TikTok @abe_pink86 credit OMM

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*