
TINDAKAN penyanyi dan pelakon Adibah Noor menegur kes1lapan sebutan bahasa Inggeris selebriti, personaliti televisyen dan tokoh politik mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Ada dalam kalangan netizen melahirkan rasa melvat dan meny4mpah kerana menyifatkan Adibah terlalu berlebihan dan sengaja mencari kes4lahan orang berpengaruh hanya untuk popular.
Bagaimanapun menurut Adibah, 51, kata-kata berkenaan tidak akan mem4tahkan niatnya untuk mendidik orang ramai dalam memperbaiki sebutan bahasa Inggeris.
“Saya menggunakan contoh (kes4lahan) figura popular supaya ia viral. Ia bukan untuk saya jadi popular atau nak jana pendapatan kerana tak ada job, tapi saya suka ia viral ia teguran itu jadi lebih luas.
Adibah menegur kes1lapan Rina menyebut perkataan doubt.
“Kalau nak kata saya ambil kesempatan, jawapannya… mungkin. Tapi tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatvhkan sesiapa,” katanya ketika dihubungi mStar.
Isu ini timbul selepas Adibah menegur satu perkataan daripada ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina menjadi perbualan h4ngat netizen di media sosial kerana dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi sesi ke-59.
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu sebelum ini pernah menegur pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.
Antara perkataan bahasa Inggeris yang ditegur Adibah.
Mengulas lanjut tentang tegvran terhadap Rina, Adibah berkata dia faham mengapa ia mencetvskan perdebatan ramai.
“Mungkin golongan ini tersent4p kerana YB Rina adalah ahli politik dan mempunyai penyokong tertentu… saya minta maaf kalau ada yang ters1nggung.
“Tapi kalau ikutkan hati, saya nak betulkan seluruh ucapan itu. Tapi sebagai bekas guru bahasa Inggeris, ucapannya yang lain itu masih boleh diterima, kalau tutup mata boleh faham.
“Saya 4kur dan sedia maklum kita (rakyat Malaysia) bukan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama,” katanya.
Tambah Adibah dia akan terus menegvr secara terbuka sesiapa sahaja yang melakukan kes1lapan sebutan bahasa Inggeris untuk dipelajari ramai.
“Kec4man adalah sesuatu yang berlaku tiap-tiap hari dalam kehidupan saya yang bekerja dalam bidang ini, saya menerimanya dengan hati terbuka.
“Saya akan terus buat content begini sekiranya rasa terpanggil untuk buat dan bukannya hari-hari pun, kadang-kadang je,” katanya.
Sumber: mStar/ coretanummie
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply