Nasib Nelayan Ini Berubah Selepas Temui Sesuatu Yang Tak Di Sangka

Bangkok: Tuah bagi seorang nelayan di Thailand apabila menemui mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernilai kira-kira 250,000 Pound Sterling (RM1,397,860).

Mutiara berwarna oren memiliki berat 7.68 gram.

Semuanya bermula apabila Hatachai Niyomdecha, berjalan bersama keluarganya di pantai sebelum terlihat satu pelampung hanyut berhampiran pantai wilayah Si Thammarat.

Lelaki berusia 37 tahun itu membawanya ke rumah dan mahu mengetahui isi dalamnya selepas mendapati tiga cengkerang tersangkut padanya.

Hatachai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada bapa mereka, Bangmad, 60, yang kemudian membersihkannya sebelum menemui mutiara berkenaan.

Mutiara itu sebenarnya dikenali oren Melo antara yang jarang dijumpai.

Ia biasa ditemui dalam cengkerang siput dikenali Melo Melo namun mereka menemuinya dalam cengkerang tiram.

Hatachai dan isterinya merancang menjual mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pembeli yang berminat.

“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya.

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik,” katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Be the first to comment on "Nasib Nelayan Ini Berubah Selepas Temui Sesuatu Yang Tak Di Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*