PDRM cadang hadkan motosikal bawah 70cc bagi penunggang 20 tahun kebawah

Zaman remaja menvnggang kapcai mungkin berakhir tidak lama lagi selepas polis mengemukakan cadangan kategori pelesenan baru bagi anak muda berusia 16 hingga 20 tahun hanya mevnggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025, kepada Majlis Kesel4matan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan.

Lesen baru 5 tahun akan datang untuk remaja

Cara-cara mengambil lesen memandu |

Foto hiasan

“Undang-undang baru perlu dipertimbangkan dalam lima tahun akan datang untuk kategori pelesenan baru khas buat remaja, di mana mereka hanya boleh menvnggang motosikal berkapasiti kecil atau elektrik berkuasa rendah,” kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin.

Ketika ini, kelayakan umur minimum untuk lesen motosikal ialah 16 tahun.

Dalam rakaman audio Mesyuarat Agung Tahunan MKJR tahun lalu, Bakri berkata, cadangan itu perlu memandangkan jumlah sangat tinggi n4has jalan raya dan kadar kem4tian dalam kalangan remaja menvnggang kapcai atau motosikal berkuasa kecil sehingga 150cc.“Setiap tahun tanpa gagal, penunggang motosikal berusia 16 hingga 20 tahun mencatatkan kadar kem4tian tertinggi berbanding kategori kumpulan umur lain untuk semua jenis kenderaan dan hampir tiada pengurangan ketara selama ini.”

Model kapcai pvnca ramai remaja terbab1t n4has

Tiada lagi 'kapcai' untuk remaja kelak? · MYKMU.NET

Foto hiasan

Dengan kesukaran polis membendvng amalan rempit di seluruh negara, beliau menyifatkan model kapcai yang dijual di pasaran “sebagai sumber yang mendorong keh4ncuran generasi muda, khasnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar”.

“Ia adalah jentera berkuasa. Saya beri contoh model popular dalam kalangan pemuda, model 150cc ‘Y Suku’ (Yamaha Y15ZR). Kapcai ini mampu mencapai kelajvan sehingga 160km/j,” katanya dalam mesyuarat agung tahunan itu.

“Daripada pelbagai ops yang dilakukan polis trafik di seluruh negara, kami dapati banyak jenis kapcai berb4haya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya lain. Dan ‘Y Suku’ hanya satu daripada contoh itu,” katanya sambil menambah menvnggang dengan laju dan cuai ialah pvnca utama n4has.

Cadang penggunaan motosikal berkuasa 70CC

“Jika kita mempunyai kategori pemegang lesen baru ini, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Ia akan memanfaatkan negara, jika kita mempunyai dasar jangka panjang bagi mengawal kumpulan sasaran 16 hingga 25 tahun dan membentuk budaya baru untuk mereka hanya menvnggang motosikal berkuasa rendah,” kata Bakri.

Cadangan memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah dibangkitkan sejak 13 tahun lalu.

Pada 2007, mendiang presiden Persatuan Pengguna Pulau Pulau (CAP), SM Mohamed Idris menggesa kerajaan hanya membenarkan penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun menvnggang motosikal berkuasa 70cc dan ke bawah.

Ia turut dicadangkan seorang ahli lembaga pengarah Institut Penyelidikan Kesel4matan Jalan Raya (MIROS) dalam sebuah forum kesel4matan motosikal di Perlis pada September 2019.

Bakri berkata, kapcai sepatutnya menjadi pengangkutan sel4mat dari destinasi A ke B.

No photo description available.

“Adakah kita mahu ‘kuda lvmba’ untuk remaja ke sekolah atau belia ke tempat kerja dan memb4hayakan pengguna jalan raya lain atau adakah kita mahu ‘kuda kerja’?” Bakri tanya hadirin dalam majlis kesel4matan jalan itu.

Dalam dokumen yang dilihat Free Malaysia Today, cadangan polis itu dimasukkan dalam minit Mesyuarat Agung Tahunan MKJR ke-60 dan ia diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan kategori motosikal B3 yang baru.

 

Sumber: FMT, MYKMU

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*