Kisah Masyarakat Tempatan Viral

Baru Je Dapat Rumah Baru Sumbangan Ebit Lew, Kerajaan Negeri Tampil ‘Cerita’ Ini

GEORGE TOWN – Selepas lapan bulan ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iswara, S. Ganesh, 34, isteri, Parameswari, 32, dan tiga anak mereka kini menarik nafas lega apabila permohonannya untuk menduduki unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerajaan negeri diluluskan.

Ganesh bersama keluarganya akan tinggal buat sementara waktu di unit ben.cana di PPR Padang Tembak, di sini sehingga unit PPR di blok berhampiran selesai dibaiki.

Menurut pengawal kese.lamatan di sebuah sekolah itu, dia gembira apabila isteri dan tiga anak mereka berusia antara enam tahun hingga 8 bulan tidak lagi perlu berses4k serta berh1mpit di dalam kereta setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo (dua dari kanan) menyerahkan kunci unit ben.cana yang disediakan kerajaan negeri kepada keluarga S.Ganesh di PPR Padang Tembak, Pulau Pinang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu keluarga saya.

“Kami amat terh4ru apabila semua pihak tanpa mengira latar belakang telah membantu saya dan anak-anak,” katanya ketika ditemui di PPR Padang Tembak di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini menyiarkan kisah Ganesh dan keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta jenis Proton Iswara sejak lapan bulan lalu selepas kediaman mereka musnah terbakar.

Lima beranak berkenaan juga menggunakan bekalan air di tandas-tandas awam untuk membersihkan diri serta memasak untuk anak-anak mereka.

Kelmarin, penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menz1arahi keluarga berkenaan dan membantu menyewa sebuah rumah sebelum permohonan Ganesh untuk menduduki unit PPR diluluskan.

Media kelmarin melaporkan Ganesh bersama isteri, Parameswari, 32, dan tiga anak, Girthikanes, 8, dan Devi Shri,6, dan Kirthana, lapan bulan terpaksa berumah di dalam kereta.

Ia berikutan rumah yang didiami lima beranak itu di Lebuh Carnavon terb.akar dalam kejadlan, 6 April lalu.

Ganesh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam pernah terp.utus dua hari bekalan makanan kerana tiada wang.

Kesemua anak mereka hanya diberi minum air kosong dan air kopi, selain makan biskut bagi mengalas perut.

Ebit Lew comes to aid of family living in car

Keluarga itu turut menjadikan tandas awam di beberapa l0kasi sekitar bandar raya ini untuk memberslhkan diri.

Semalam pelbagai ba.ntuan makanan serta tempat tinggal sementara oleh individu prlhatin dihulurkan kepada keluarga itu selepas kisah hidup mereka terpapar di media.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata Ganesh sebelum itu pernah ditawarkan sebuah unit PPR selepas rumahnya terb.akar, namun men0lak atas sebab tertentu.

“Pada April lalu saya difahamkan, Jabatan Kebajlkan Masyarakat (JKM) menawarkan kepada Ganesh untuk menduduki PPR di bawah unit ben.cana namun dia men0lak.

“Namun, Rabu lalu Ganesh membuat perm0honan untuk mendiami PPR dan pihak kerajaan negeri terus meluluskannya,” katanya.

Kelmarin, penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan dan membantu menyewa sebuah rumah sebelum permohonan Ganesh untuk menduduki unit PPR diluluskan.

Sumber: K! ONLINE, Facebook Ebit Lew

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *