Afifah Nasir tayang ‘boyfriend’ kacukan, ramai puji ibarat pasangan sempurna

Foto: OMM

Pasti ramai mengenali pelakon berwajah menawan, Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada aktres Anzalna Nasir.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, pelakon berusia 27 tahun itu semakin melonjak naik selepas tampil membintangi beberapa drama tempatan sejak tahun 2015.

Kisah cinta antara pelakon drama Ironi Kasih itu dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Adi bukan lagi satu rahsia kerana dia kerap memuat naik gambar bersama jejaka berdarah kacukan itu di laman Instagram.

Baru-baru ini, Afifah memuat naik gambar mereka bersama menikmati saat romantis di sebuah kafe sehingga menarik perhatian warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

“Petang yang indah bersama jejaka sempurna ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam gambar tersebut, wajah pasangan dua sejoli itu kelihatan cukup bahagia sekali, terutamanya Afifah yang tampak berseri-seri di samping kekasih hati.

Bak kata pepatah, bagai pinang yang dibel4h dua, sememangnya mereka berdua sama cantik dan sama padan! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keserasian dan mend0akan kebahagian mereka berdua.

Dua2 nampak sempurna!

Pasangan yang men4wan

Jelas terp4ncar kebahagiaan…


Terdahulu, Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir pernah menjalinkan percintaan dengan jejaka bernama Wan Ariff namun hubungan itu telah berakhir tahun lalu.

 

Sumber: Instagram Afifah Nasir, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Afifah Nasir tayang ‘boyfriend’ kacukan, ramai puji ibarat pasangan sempurna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*