
Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Kamal Adli sudah melamar Uqasha Senrose dan itu menunjukkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Bernik4h lepas Aidilfitri
Menurut akhbar Kosmo, Kamal ada memaklumkan bahawa mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun 2021 ini.
Namun tarikh tepat majlis pernik4han itu masih belum didedahkan oleh Kamal kerana perkara itu masih lagi dibincangkan oleh keluarga kedua-dua pihak.
“Sebenarnya, saya tidak ber4ni nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini.”
Kamal turut meminta supaya peminat dapat mendoakan semoga urusan mereka dalam mendirikan rumah tangga berjalan dengan sempurna.
Selaku pihak perempuan, Uqasha turut mengakui bahawa dia tidak mahu bercakap banyak mengenai persiapan majlis kerana mahu serahkan urusan itu kepada pihak Kamal sendiri.
Tambah Uqasha lagi, segala persiapan daripada segi tarikh dan sebagainya akan mereka uruskan sendiri tanpa memberitahu kepada umum untuk mengelak daripada menjadi buah mulut masyarakat.
Apa pun, kita tunggu sahaja berita baik daripada pasangan ini dan semoga urusan mereka dipermudahkan.
Sumber foto: Instagram Kamal Adli dan Uqasha Senrose, HOTFM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply