Anak jati Kelantan, YouTuber Kimchibudu terima anugerah Rakyat Kehormat Seoul

‘Influencer’ atau pempengaruh media sosial Muhamad Khalid Ismail menerima penghormatan dan penganugerahan darjah serta pingat Rakyat Kehormat Seoul daripada Kerajaan Metropolitan Seoul semalam.

Pengasas saluran YouTube Kimchibudu yang juga anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menganggap ia sebagai satu penghormatan besar kepadanya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Seoul 14 tahun lepas dan menjadikan Korea Selatan sebagai kampung kedua.

“Inilah penghormatan tertinggi yang pernah saya terima daripada pihak kerajaan di Korea Selatan. Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan Seoul…

…sebuah bandaraya global yang mesra muslim dengan mengetengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

“Tambah-Tambah lagi tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan diplomasi antara Malaysia-Korea Selatan,” katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya hari ini.

Beliau berkata majlis penganugerahan sepatutnya disempurnakan pemangku Datuk Bandar Seoul 25 Nov lepas namun terpaksa dib4talkan disebabkan kes C0VID-19 yang naik secara mend4dak di kawasan itu dan hanya sesi fotografi yang diadakan untuk penerima.

Muhamad Khalid, yang kini menetap di Seoul, turut memuat naik gambar beliau dan isterinya menerima anugerah itu.

Bagaimanapun, anugerah itu bukanlah bermaksud beliau menukar kewarganegaraan.

“Saya masih lagi warganegara Malaysia, Malaysia tanah airku,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*