10 tahun tanpa bapa, anak Din Beramboi tetap ucap ‘selamat hari lahir’

Allahy4rham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi merupakan salah seorang pelawak terkenal yang pernah mewarnai lensa hiburan tanah air ketika dahulu.

Memiliki bakat yang serba boleh, dia yang juga seorang pelakon, penyampai radio, pengacara televisyen dan penyanyi telah mninggal dunia pada April 2010 lalu akibat dem4m d3nggi.

Keadaan tersebut telah mengejvtkan orang ramai terutama peminatnya yang berasa h1ba dengan berita pemergian pelawak terbabit.

Semalam, tular sebuah posting yang dikongsi oleh anak perempuan arw4h dikenali sebagai Ain yang memberi ucapan selamat hari lahir buat bapanya yang ke-54 tahun di laman sosial Twitter miliknya.

“Happy birthday papa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagai rindu yang tiada berpenghujung, begitulah perasaan yang dirasai gadis berkenaan setelah 10 tahun ketiadaan bapa tersayang.

Meninjau ke ruangan komen posting itu, rata-rata warganet berasa sebak selain turut meninggalkan komen-komen positif dengan memberi semangat kepada Ain.

Malah terdapat juga individu juga yang mengimbau kembali kenangan lama dan gelak ketawa sewaktu hayat Allahy4rham.

Ayah kamu adalah seorang ‘legend’

Rindu lawak jenaka Allahy4rham

Pak Din tak pernah tak buat orang gelak


Allahy4rham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga orang anak iaitu Nil Aina Adibah, Mior Shafiq, dan Nir Aina Syuhada.

Walaupun Din Beramboi telah lama pergi men1nggalkan dunia yang fana ini, segala kenangan yang ditinggalkan Allahy4rham masih segar dalam memori keluarga dan peminat buat selamanya.

 

Sumber: Twitter @nrainsyhada, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*