Kisah Masyarakat Luar Negara Viral

(Video) 2 Ekor Ikan Laga Berharga 2.5 Juta Rupiah (RM715) Diberi Sebagai Mas Kahwin

Selalu kita tengok orang bagi wang tunai atau gelang emas sebagai tanda mas kahwin kan? Tapi korang pernah dengar tak kalau ikan laga dijadikan sebagai mas kahwin? Pelik kan, namun ianya benar-benar berlaku tau!

Baru-baru ini, tular mengenai sepasang pengantin yang berasal dari Indonesia apabila pengantin lelaki dikatakan menghadiahkan 2 ekor ikan laga sebagai tanda mas kahwin di hari perkahwinan mereka.

Gara-gara kelainan yang dit0njolkan oleh kedua-dua pasangan pengantin ini menyebabkan kisah mereka mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial.

“Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin,” tulis salah seorang pengguna laman Instagram @infobekasi.coo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Info Bekasi (@infobekasi.coo)

Menurut Detik.com, selain sepasang ikan laga yang diberi kepada pengantin perempuan, pihak lelaki turut menghadiahkan perhiasan emas dan juga wang tunai sebagi mas kahwin mereka berdua.

Dalam video yang dimuat naik terdengar ijab kabul apabila wali pengantin wanita memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga.

Selain itu, ada juga perhiasan emas dan wang tunai sebagai mas kahwin.

“Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nik4hkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga,” ucap wali nik4h wanita.

Video yang berdurasi 35 saat itu ditonton lebih 13,300 kali dan 866 komen di Instagram.

Pasangan pengantin itu adalah Indri Nita Sari dan Rizki Muhammad.

Kata pengantin perempuan yang berumur 25 tahun itu mengatakan idea tersebut datangnya dari suaminya sendiri biarpun pada awalnya ia meny4ngkakan bahawa suaminya hanyalah sekadar bergur4u senda dengannya.

“Idea suami aku. Dia sudah beritahu awal mahu bawa ikan cupang (laga) untuk mahar (mas kahwin).

“Aku ingatkan sekadar bergur4u, tetapi ternyata benar ketika hari pernik4han, aku terkejvt tetapi senang dan unik saja,” katanya.

Namun, tidak disangka-sangka bahawa suaminya benar-benar mengatakannya. Ikan laga jenis blue rim ini dianggarkan bernilai 2.5 juta Rupiah (RM715), bahkan membela ikan laga itu adalah sebahagian dari hobi suaminya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernik4hannya adalah jenis blue rim.

Kata Indri, sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang hobi memelihara ikan jenis itu.

“Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang,” kata pengantin lelaki kepada isterinya.

Indri dan Rizki dinik4hkan pada 12 Disember 2020 di Babelan Kebalen, Warung Ayu, Bekasi, Jawa Barat. Kini, pasangan ini tinggal di kawasan Bantar Gebang, Bekasi, Jawa Barat.

PASANGAN pengantin Indri dan Rizki.

 

Sumber: IG DETIK.COM, Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *