
Permohonan I-Sinar yang begitu ditunggu-tunggu oleh pencarum KWSP kini sudah mula di buka mulai hari ini untuk kategori 1 diikuti kategori 2 bermula dari 19 Januari 2021.
Untuk anda yang layak untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 1, di bawah adalah langkah-langkah dan cara membuat permohonan seperti yang telah dikongsikan oleh KWSP sendiri :
#1 Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
#2 Isikan Nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit,
#3 Tekan teruskan

#4 Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan Sahkan OTP ATAU Jawab Soalan keselamatan untuk pengesahan

#5 Tetapkan Amaun pilihan.

#6 Tetapkan Bayaran bulan pertama dan tekan teruskan

#7 Lengkapkan segala Maklumat Pemohon yang wajib diisi

#8 Lengkapkan segala Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan

#9 Semak Maklumat Pemohon & Maklumat Pembayaran dan tandakan ☑ sebelum menekan Teruskan.

#10 Selesai! Permohonan anda diterima dan akan diproses. Status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.


Sumber: Buzzkini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply