
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mencipta sejarah baharu apabila menyaksikan Laksamana Pertama Rohana Jupri menjadi ahli wanita pertama dalam Jawatankuasa Laksamana TLDM.
Pemakaian pangkat Laksamana Pertama Rohana Jupri itu meletakkan beliau berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi TLDM dalam kumpulan Jawatankuasa Lakamana yang sebelum ini dipelopori golongan lelaki.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh TLDM, kenaikan pangkat ini membuktikan kemampuan dan kredibiliti wanita TLDM diiktiraf oleh pengurusan tertinggi.
“Ia juga sebagai tanda penghargaan TLDM terhadap usaha dan kemampuan yang ditunjukkan dan sekaligus memberi tanggungjawab kepada beliau untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” kata kenyataan itu.
Kenaikan pangkat itu menjadi majlis pemakaian pangkat terakhir bagi tahun 2020 di peringkat Markas Tentera Laut.
Sumber: Tentera Laut Diraja Malaysia, Siakap Keli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply