Kec0h sama l4ntang ‘g4duh’ dengan Pak Arab, 2 gadis Malaysia berdepan ‘drama’ salah naik kereta api di Mesir

(gambar kanan) Hidayah (kiri) dan Aisyah berkongsi pengalaman tersilap menaiki tren di Mesir sehingga ditegur kakitangan bertugas. Foto: mStar

GARA-gara tersilap naik tren di Mesir, dua gadis rakyat Malaysia terpaksa ‘menjawab’ kepada kakitangan yang bertugas memeriksa tiket penumpang di dalam gerabak.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, salah seorang daripada gadis berkenaan dilihat bersemuka dengan pegawai terbabit seperti memberikan alasan.

Namun, suasana r1uh sehingga menarik perhatian penumpang-penumpang lain men1mbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah ada yang menyangka mereka berg4duh.

Berkongsi pengalaman bersama mStar, gadis berkenaan, Hidayah Anuar menjelaskan kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika dia bersama seorang rakannya, Aisyah Noorazlin, 21, dalam perjalanan pulang dari Iskandariah ke Kaherah di Mesir.

Hidayah ketika berada dalam tren semasa perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah.

Gadis berusia 29 tahun itu berkata, mereka merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar dan pada masa itu sedang berkunjung ke tempat-tempat menarik di Iskandariah termasuk melawat makam ulama.

“Kami beli tiket tren untuk balik semula ke Kaherah, dengan waktu berlepas pukul 8.10 malam. Disebabkan banyak tren, kami jadi keliru tak tahu nak naik tren yang mana satu.

“Masa tu kami agak terkej4r-kej4r, tapi sempat bertanya kepada seorang kakitangan dan dia beritahu kami untuk naik tren pukul 8 malam. Kami sangka tren yang sama, sebab mungkin waktu boarding lebih awal sebelum berlepas,” katanya.

Hidayah di Universiti Al-Azhar.

Hidayah berkata, selepas menaiki tren berkenaan mereka kemudian didatangi seorang kakitangan lain yang membuat pemeriksaan tiket selepas perjalanan kira-kira 10 minit.

“Staf tu maklumkan kami dah s4lah tiket. Sebenarnya kami bukan s4lah destinasi kerana tren yang kami naik tu masih ke Kaherah, tapi tiket yang kami beli adalah untuk tren lain.

“Bila diberitahu oleh staf tu, rupa-rupanya tiket tren yang kami tersilap naik harganya jauh lebih mahal. Sebab itu dia ada minta kami untuk buat bayaran tambahan atau perlu turun di stesen berikutnya untuk naik tren yang sebenarnya,” ujarnya.

Keadaan tren yang sepatutnya dinaiki Hidayah dan Aisyah.

Hidayah yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab itu ingin menegaskan bahawa tiada perg4duhan antaranya bersama kakitangan tren tersebut.

“Kami tak berg4duh pun, cuma memang cara orang Arab cakap l4ntang macam tu. Saya pula menyelami budaya mereka turut sama bercakap l4ntang.

“Dengan orang tempatan di Mesir, kalau mereka l4ntang bersuara, kita kena yakin ikut sama l4ntang. Kalau tidak, nanti kita yang orang luar ni akan nampak pan1k dan mereka pula akan gert4k kita… tapi bukan semua macam tu, ada yang baik-baik juga,” katanya.

Aisyah (kiri) dan Hidayah di Jabal Muqotom, Kaherah.

Enggan membayar baki harga tiket tren premium yang dinaiki itu, katanya, kedua-dua mereka diminta untuk turun di stesen berikutnya iaitu di Tanta dan menaiki tren yang sebenar bagi menyambung perjalanan ke Kaherah.

“Harga tiket tren ‘orang kaya’ ni 130 pound Mesir (RM33.55), lebih sekali ganda daripada harga tiket asal kami 55 pound Mesir (RM14.20). Kami pula adalah pelajar, bukannya bekerja di sini ada duit lebih.

Kami tak berg4duh pun, cuma memang cara orang Arab cakap l4ntang macam tu. Saya pula menyelami budaya mereka turut sama bercakap l4ntang.

HIDAYAH ANUAR

“Sebelum ni harga tiket taklah naik mend4dak macam tu, beza masa dua tren pula 10 minit tu yang jadi keliru. S4lah kami juga sebab tak tunjuk tiket tren dekat staf masa bertanya tu,” kata Hidayah yang menuntut di Mesir sejak lapan tahun lalu.

Namun bagi anak tunggal yang pulang ke Malaysia pada Khamis ini berkata, pengalaman tersebut mengajar dirinya dan rakan untuk lebih berhati-hati dalam mendapatkan maklumat yang lebih tepat ketika mengembara.

Hidayah (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum pulang ke Malaysia pada Khamis. Turut ditemani Aisyah (kiri).

“Syukur, kami selamat tiba ke destinasi meskipun perjalanan lebih lama kerana perlu tunggu tren yang murah tu selain lebih banyak stesen ia berhenti. Perjalanan pula lebih panjang iaitu iaitu lebih tiga jam berbanding tren yang mahal tu kira-kira dua setengah jam.

“Tapi apa yang paling best adalah kami dapatlah merasa tidur lebih sejam dalam tren ‘orang kaya’ tu untuk tiba di stesen berikutnya,” ujarnya secara berseloroh.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kec0h sama l4ntang ‘g4duh’ dengan Pak Arab, 2 gadis Malaysia berdepan ‘drama’ salah naik kereta api di Mesir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*