Dah lama nak berbisnes, Syed Saddiq akhirnya buka restoran jual makanan popular Malaysia

Foto: OMM

Walaupun sibuk dalam bidang politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mula menceburi perniagaan dengan menjadi rakan niaga kepada sebuah jenama makanan popular tempatan.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk membuka restoran Santan selain tampil dengan beberapa menu yang sinonim dengan masyarakat.

Simpan hasrat memulakan perniagaan

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin yang sedap dan popular itu telah menarik beliau untuk memilih nama Santan.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah lama terpendam, namun belum berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.

My first business journey! Say hi to Santan 163 Retail Park!

Sebenarnya dah lama saya nak buka perniagaan sendiri tapi belum ada kesempatan. Saya merancang untuk mencari banyak perniagaan yang berpotensi besar untuk menyediakan peluang kerja kepada orang muda.

Alhamdulillah, hari ini saya telah menjadi rakan niaga Santan 163 Retail Park.

Beliau yang berusia 28 tahun turut merancang untuk mewujudkan platform yang boleh membantu peluang pekerjaan khususnya buat anak muda pada masa akan datang.

Image may contain: food, text that says 'Santan From ASEAN with Love HELLO MONT KIARA We've landed in Your Neighborhood! kiara T&CO PADANG FF FRENDANG See you at LG1-11, Lower Ground Floor, 163 Retail Park, Mont Kiara'

Selain itu, Santan yang semakin aktif dalam mempromosikan makanan tempatan dan menunjukkan sokongan kepada anak tempatan yang hilang pekerjaan kerana p4ndemik C0vid-19 antara sebab beliau memilih Santan.

Mungkin ada yang akan tanya, “kenapa Santan?”

Santan adalah jenama yang popular di Malaysia dan sentiasa aktif mempromosikan makanan tempatan seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin.

Santan juga telah menunjukkan sokongan kepada anak-anak tempatan yang hilang pekerjaan kerana pandemik COVID-19.

Jadi, semua sekali dijemput datang singgah di Santan 163 Retail Park (waze Santan ASEAN Mont Kiara je). Kalau sibuk bekerja di rumah, Grab Food pun ada juga.

Dengan pembukaan perniagaan pertama beliau, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap agar perniagaannya bertambah maju jaya.

Saya juga sedang merancang untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotLOKAL iaitu kempen saya ingin menjadi rakan kongsi perniagaan kecil dan sederhana di luar sana.

#SADDIQsapotLOKAL fokus ingin menyediakan peluang kerja dan perniagaan kepada orang muda.

Tapi untuk kempen itu, kena tunggu persiapan dibuat. Buat masa sekarang, jemput datang Santan Mont Kiara dulu! katanya.

Tahniah YB

Idea power

Restoran Santan yang baru dibuka ini terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur malah turut ‘available’ dalam aplikasi Grab Food sekiranya ingin membuat tempahan.

 

Sumber: Facebook Syed Saddiq, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*