
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon jelita Ayu Raudhah memaklumkan dirinya kini sedang h4mil anak kelima.
Berita gembira itu disampaikan adik kepada aktres, Rozita Che Wan ini menerusi salah satu hantaran di Instagram.
Menerusi ruangan komen, bintang ini ada meletakkan tanda palang, ‘yesimpregnantagain’ pada foto yang diambil bersama suaminya, Zaquan Adha.
“MY ENDLESS LOVE.. @zaqone_08 #yesimpregnantagain #ifeelloved #ifeelspecial #happy36thbirthdayayuraudhah,” tulisnya.
Serentak dengan pegumuman itu, peminat terus menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Sementara itu, menyelusuri pula laman sosial instagram suaminya Zaquan Adha pula, kelihatan berkongsi gambar yang sama tetapi berlainan ‘caption’ yang mencuit hati.
Mambo number 5
#alhamdulillahrezekiallah
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.
Bahagia harmoni, keduanya kini telah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.
Sumber: Instagram Ayu Raudhah, Zaquan Adha, MH
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply