
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang mem1kul beb4nan. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.
Terbaharu, netizen di laman Twitter seb4k apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya.
“Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu.
Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak dided4hkan lokasinya.
Ramai meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar golongan rider terus dimurahkan rezeki. (Gambar hiasan)
Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa.
Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu.
Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya.
“Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang.
“Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar.
Netizen menzahirkan rasa simpati terhadap rider dan berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan. (Gambar hiasan)
“Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa.
“Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan,” tulis beberapa netizen.
Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau.
Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.
Pada 28 November lalu, mStar melaporkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan.
Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan h4mpa turut mengundang seb4k dalam kalangan netizen.
Tonton video:
Sumber: mStar, ASN
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply