Cipta Kejvtan.. Cliff Umar juarai GV7, bawa pulang RM100,000

Cliff Umar (tengah) juara GV7, manakala Mus May tempat kedua dan Ayu akur di kedudukan ketiga. FOTO ASTRO GEMPAK.

PUTRAJAYA – Selepas 10 minggu bertanding, penyanyi Cliff Umar membuat kejvtan apabila dinobatkan sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) selepas menew4skan enam finalis lain pada konsert akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi.

Foto: Media Hiburan

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Naib juara disandang oleh r0cker hebat tanah air, Muss yang pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Mengambil semangat ‘villain’ J0ker pada konsert akhir yang berlangsung seng1t tersebut, Cliff menambat hati juri mendendangkan lagu I’d Do Anything For Love (duet bersama Noryn Aziz) sebelum seterusnya cemerlang pada segmen battle menerusi lagu Inilah Nasibku bersama Oja dan Muss.

Dalam ucapan kemenangan, Cliff berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah untuk semua yang terl1bat dalam program berkenaan.

This one is not bel0ng to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu. Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang,” kata Cliff.

Persembahan Muss duet bersama Azharina

Muss atau nama lengkapnya, Muss atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 52, juga tidak kurang hebatnya apabila menghadirkan persembahan memukau pada segmen medley menerusi lagu Mencintaimu (duet bersama Azharina) dan segmen battle.

Selesa berada di tempat ketiga, penyanyi kesayangan ramai, Ayu Damit menerima hadiah wang tunai RM30,000. Sementara tempat keempat diraih Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000.

Persembahan Kak Ani duet bersama Aishah

Biarpun berada pada kedudukan tangga tiga tercorot iaitu kelima, keenam dan ketujuh, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.

Linda Nanuwil 4kur kedudukan kelima.

Linda membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, sementara Oja RM10,000 dan Ashira pula sebanyak RM5,000.

Dalam pada itu, segmen k0ngsi rezeki menyaksikan penyanyi dan penulis lirik lagu Isabellla iaitu Bob Lokman menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Dikendalikan dua pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV7 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz serta juri jemputan, Joe Flizzow.

Senarai Pemenang Gegar Vaganza 7

  1. Juara – Cliff Umar (71.42 peratus)
  2. Naib Juara – Muss (67.51 peratus)
  3. Ketiga – Ayu Damit (67.45 peratus)
  4. Keempat – Noraniza Idris (64.23 peratus)
  5. Kelima – Linda Nanuwil (63.28 peratus)
  6. Keenam – Oja (61.7 peratus)
  7. Ketujuh – Ashira (60.9 peratus)

 

Sumber: K! ONLINE, mStar, gegarvaganzaofficial

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Cipta Kejvtan.. Cliff Umar juarai GV7, bawa pulang RM100,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*