Ibu 4 Anak Tag1h Simp4ti Utk Beli Tiket Pulang ke Kampung. Terb0ngkar Kisah Sebenar Bila Cikgu Ini Datang

Perkongsian terbaru cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang giat membantu golongan kurang berkemampuan sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Menerusi catatan di Facebook, cikgu Fadli berkongsi kisah seorang ibu 4 anak menag1h simp4ti orang ramai untuk pulang ke kampung.

Image may contain: 1 person, sitting and shoes

“Mendapat berita seorang ibu bersama 4 anak duduk men4gih s1mpati orang ramai untuk tiket balik ke kampung di laluan LRT UTC Puduraya.

“Petang ini terus ke sana untuk mendapatkan kisah sebenar. Kisah anak-anak Chow Kit, mereka yang terperangkap di bandar d0sa ini kadangkala diluar pemikiran kita.

“Banyak pihak berputus asa untuk membantu golongan sebegini sebab itu jalan mereka pilih. Ditunjuk jalan keluar, mereka tetap kembali ke tempat sama.

“Namun keluarga ini aku dapat rasa perbezaan. Ada semangat baru dari ibu anak 5 ini. Dia cuma tak tahu bagaimana untuk keluar dari tempat ini.

“Anak sulung perempuan usia 13 tahun tinggal di Rumah Bonda. Di sel4matkan oleh Kak Zurianty bulan 7 tahun lepas.

“Langkah pertama aku ambil ialah bawa mereka ke bilik sewa semula. Bilik yang dihalau sejak dua bulan lepas. Barang mereka masih ada di sini.

“Anak-anak kecil itu perlu tempat tinggal. Kasihan sangat anak-anak semua cantik dan elok belaka.

“Tidak boleh lagi berada dijalanan meminta s1mpati orang untuk sesuap makan. Jika ada duit lebih, dapat la sewa bilik murah untuk bermalam. Jika tidak, ke Anjung Singgah tempat gelnd4ngan tidur.

“Esoknya berputar rutin yang sama.

“Tidak boleh selamanya begini. Anak-anak makin besar, ibu makin menua.

“Dia bersetuju untuk ubah kehidupan cuma tak tahu macamana nak bermula. Dia nak sangat keluar dari kota d0sa ini, namun tiada yang nak mengh3retnya.

Image may contain: one or more people, shoes and outdoor

Image may contain: 1 person, shoes, child and outdoor

“Langkah pertama aku nak pastikan mereka ada tempat tinggal dulu untuk sementara. Langkah seterusnya aku contact Ustaz Ishak, team penjej4k asnaf Baitulmal MAIWP tanya apa mereka boleh bantu.

“Ustaz Ishak dalam perjalanan ke mari saat aku menulis status ini.

“Kami akan bincang dan cari jalan, cari peluang pekerjaan baru, keluar dari kota d0sa ini agar anak-anak ini dapat kehidupan yang lebih baik.

“Namun sekiranya peluang ini pun mereka sia-siakan, aku akan berlepas tangan.

“Sama-sama kita doakan mereka dapat keluar dari neraka kota ini ya. Update seterusnya aku up tengah malam nanti.” akhiri Cikgu Fadli.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ada yang memberi cadangan supaya wanita terbabit dihantar pulang sahaja ke kampung ibunya.

Bagaimanapun, cikgu Fadli membalas perkara itu sudah difikirkan pihaknya namun tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kek4ngan.

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Terkini: Update terbaru dari Facebook Cikgu Fadhli Salleh

Image may contain: 1 person, on stage

Dari jam 5 petang hingga 9 malam aku handle kes ini. Alhamdulillah, aku dah buat yang terbaik untuk mereka dan mereka kini sel4mat serta ada tempat bertedvh.

Kisahnya begini, seorang wanita kahwin dengan penag1h dd4h. Datang ke Chow Kit ikut suami sekitar 6 tahun lepas.

Dari situ dia terperngkap di sini. Hubungan dengan keluarga r3nggang, senang cerita dah dis1sih keluarga sendiri. Sebab kenapa, tak perlu aku hurai panjang.

Pendapatan utama dia ialah minta sedekah. Bawa anak-anak sekali. Kadang-kadang mer4yu kat kedai makan untuk kerja demi sepinggan nasi.

Suami pula kaki pvkul, biasalah penag1h . Duit tak ada, mengamvk lah. Barang tak dapat, mengamvk lagi. G1an, mengamvk lagi. Tak t4han dipvkul, dia buat report polis Januari lepas.

Masuk dalam sekejap, dapat keluar balik. Berpvtar balik cycle life yang sangat menyed1hkan di Chow Kit. Minta sedek4h dengan anak-anak lagi.

Anak sulung, Rumah Bainun sel4matkan tahun lepas. Anak perempuan kini usia 13 tahun. Alhamdulillah, sel4mat dah anak itu, tak ada la jadi m4ngsa r0gol, jadi pelacvr atau jadi penag1h dd4h juga.

Anak-anak lain dia tak bagi. Sayang sungguh pada anaknya. Dia tak men4gih katanya. Lihat dari air muka dan svsuk badan, aku percaya kata dia.

Image may contain: one or more people and people standing

Namun still aku akan bawa kawan-kawan AADK untuk ur1ne dan sahkan. Dia setuju siap bersvmpah lagi tak pernah his4p dd4h.

Lega aku dengar. Sebab kalau penag1h ni, susah ya ampun nak ubah mereka melainkan mereka sendiri yang nak berubah.

Anak-anak semua ada Mykid. Satu lagi kesyukuran. Mudah urusan aku untuk bantu sekolah ke apa nanti.

Bila aku cakap, “Akak tengok anak-anak akak. Semua cantik-cantik, comel dan sihat belaka. Akak nak ke mereka membesar di sini?

Dikelilingi penag1h dd4h, pelacvr, orang mabvk dan seumpamanya? Bagaimana jika angah ni kena r0gol? Bagaimana jika mereka terjeb4k dengan dd4h? Bagaimana jika mereka jval tvbuh?

Sanggup ke akak lihat anak-anak sendiri jadi macam tu?”

“Tak nak cikgu. Saya tak nak. Saya sayang anak-anak saya. Orang nak ambil saya tak bagi. Saya nak jaga sendiri.

Saya nak sangat keluar dari kawasan ini. Cuma saya tak tahu mana nak tuju. Saya tiada sesiapa dah”.

“Begini kak. Untuk sementara waktu, tinggal dulu kat sini. Bilik dah saya settlekan. Ni Ustaz Ishak Zulkifly dari Baitulmal MAIWP pun turun padang dan akan bagi bantuan.

Saya akan cari tempat tinggal dan kerja luar dari sini. Mungkin di Selangor, mungkin kawasan KL lain yang clean dan tidak seperti Chow Kit ni.

Sewa rumah nanti pihak Baitulmal atau Zakat akan bantu. Akak kena janji dengan saya satu je. Akak berubah betul-betul. Jaga anak betul-betul.

Saya nak bagi peluang besar untuk akak ubah kehidupan akak dan anak-anak. Saya akan support semampu saya.

Dan jika… Jika akak sia-siakan peluang ini, saya akan ambil anak-anak dan letak di JKM. Akak nak pergi mana, nak jadi apa, saya tak nak bantu dah. Saya nak pastikan anak-anak ini sel4mat dan terjaga.

Boleh?” ujarku panjang lebar.

“Boleh cikgu. Saya janji takkan sia-siakan peluang ini. Saya nak sangat keluar dan ubah kehidupan kami. Tapi lepas suami masuk penjara bulan 8 baru-baru ni, saya tak tahu nak ke mana. Suami kena penjara 5 tahun dan dua seb4tan.

Nak cari kerja tetap tak dapat. Lagi pun ada anak-anak. Jadi minta sedek4h jalan paling mudah untuk saya.

Namun jika cikgu ada tempat tinggal lain, ada kerja untuk saya, saya janji akan buat betul-betul”, balasnya.

“Saya akan cuba bantu akak cari tempat tinggal dan pekerjaan yang sesuai. Sehingga saya jumpa kerja dan tempat tinggal yang sesuai, saya tak nak dengar siapa-siapa lapor pada saya akak kembali mengemis dan bawa budak-budak ni minta sedekah tepi jalan.

Jika saya tahu, saya takkan teragak-agak ambil anak-anak dari akak. Faham?”

“Faham cikgu. Saya janji dengan cikgu tak lagi mengemis dan minta sedekah. Cikgu carikan saya kerja dan tempat tinggal baru ya”.

“InsyaAllah saya akan usahakan”.

Anak-anak yang ada dengan dia sekarang empat orang. 10 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan setahun lebih.

Semua ada mykid. Dia pun ada ic elok.

Jadi sekarang aku sedang mencari sesiapa yang boleh tawarkan pekerjaan yang sesuai dengan akak ni sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.

Minta kalian yang boleh pantau dan bagitahu aku perkembangan dia. Jika dia tidak boleh bagi komitmen, banyak main, mencvri, malas, buat hal dan sebagainya, bagitahu aku.

Aku akan cuba urus untuk sel4matkan anak-anak itu dan tempatkan mereka ditempat yang sesuai dan sel4mat. Dia nak jadi apa, terpulanglah. Asal anak-anak dia kita sel4matkan.

Namun jika dia benar-benar dapat berubah dan dapat kerja dengan elok, kita sama-sama bantu dia dan anak-anak.

Setiap orang layak diberi peluang. Setiap orang boleh berubah ke arah kebaikan. Jika benar mereka mahu, kita bantu.

Untuk bantu kami dalam setiap projek amal kami, ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
************

UPDATE : Dah ada kerja sesuai untuk akak ni. Minggu depan InsyaAllah terus mula hidup baru di tempat baru. Tempat tinggal dan anak-anak, kami urus semua.

Semoga peluang keemasan ini dia tak sia-siakan.

************

 

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*