
SEMEMANGNYA sesuatu yang tidak disangka apabila kunjunganke sebuah gerai nasi lemak menjadi hari paling bertuah buat seorang wanita kerana ditakdirkan berpeluang bertemu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.Lebih mengejvtkan apabila Tengku Hasanal sendiri membuat ‘kerja separuh masa’ di gerai tersebut dan membungkuskan nasi lemak untuk pelanggan bertuah itu.
Kenangan terindah itu sewaktu kunjungan baginda ke Kaki5, tumpuan peniaga trak makanan di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di Kuantan, Pahang, petang Rabu.
Bercakap kepada mStar, pelanggan bertuah itu, Siti Aminah Abu Bakar berkata, ketika itu dia bersama suami dan anak-anak singgah ke trak makanan untuk membeli juadah makan malam.
Nasi lemak ayam goreng untuk hidangan makan malam.
“Waktu tu saya baru habis kerja. Saya ni memang suka sangat makan nasi lemak dan ketika itu meng1dam nak makan nasi lemak.
“Saya sampai di gerai lemak tu terlebih dahulu sebelum Tuanku membuat kunjungan ke gerai sama untuk bantu peniaga layan pelanggan.
“Macam-macam perasaan. Rasa gembira, teruja sampai gem3ntar tak terkata. Tak sangka Tengku Hassanal betul-betul depan mata,” kata wanita berusia 35 tahun itu kepada mStar.
Gelagat Kak Siti mer4kamkan Tengku Hassanal membantu peniaga nasi lemak. Foto ihsan Siti Aminah Abu Bakar
Lebih mesra disapa Kak Siti, ibu tiga anak itu berkata, dia sebenarnya sedang hamil tujuh bulan anak keempat dan dijadualkan bersalin pada Februari tahun depan.
“Kali terakhir saya datang ke kawasan food truck tu adalah tahun lalu. Tiba-tiba saya ajak suami dan anak-anak untuk beli nasi lemak di situ.
“Memang meng1dam nasi lemak, tu sebab datang. Tak tahu pula Tengku Hassanal juga akan ke situ. Siap belanja kami lima bungkus untuk anak-beranak, terima kasih banyak-banyak Tuanku,” katanya dengan nada teruja.
Di sebalik kejvtan yang tidak disangka-sangka itu, anak kelahiran Kuantan itu juga sebenarnya pernah berkongsi luahannya ketika h4mil yang berharap untuk bertemu Tengku Hassanal.
Suami Kak Siti (kiri) bersama dua daripada tiga anaknya merakamkan kenangan dengan Tengku Hassanal (kanan).
“Saya dan suami tiap-tiap hari ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, akan lalu dekat kawasan istana. Masa saya meng4ndung, saya pernah kata teringin sangat nak jumpa Tuanku.
“Tak tahulah kenapa, mungkin sebab Tuanku seorang yang berjiwa rakyat dan c0mel. Sudahlah saya meng1dam nasi lemak, hasrat semasa meng4ndung untuk bertemu Tuanku juga tertunai. Syukur alhamdulillah,” katanya yang memesan nasi lemak ayam goreng.
Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila
SITI AMINAH ABU BAKAR
Kak Siti yang merupakan pengurus di sebuah kedai aksesori kereta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan menyifatkan Tengku Hassanal mesra rakyat dan begitu merendah diri.
“Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“InsyaAllah jika diizinkan, tak sabar saya untuk ceritakan anak yang saya kandungkan ini mengenai pertemuan dengan Tuanku. Mak mengidam nasi lemak, tuanku tolong bungkuskan untuk mak di gerai,” katanya.
Siti Aminah Abu Bakar.
Pengalaman manis itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbitnya selain video dari sudut lain turut dimuat naik di laman instagram Tengku Hassanal @this.7 pada Rabu malam.
“Kepada Tengku Hassanal, terima kasih di atas pengalaman yang cukup bermakna dan belanja kami sekeluarga. Semoga Tuanku sentiasa dimurahkan rezeki.
“Syukur ada rakaman momen ini dari pandangan mata saya sendiri. Tapi sungguh memang nervous dan speechless untuk bergambar bersama. Ada gambar saya dari arah belakang pun jadilah,” ujarnya secara berseloroh.
Seorang netizen yang dikenali sebagai Murad, memuji tindakan baginda dan menyifatkan baginda seorang yang telus dan berjiwa rakyat.
“Sayang Tengku Hassanal. Seorang yang benar-benar telus berjiwa rakyat. Merasai sendiri apa yang dilalui oleh rakyatnya. Semoga Tengku dan keluarga diberikan kesihatan yang baik-baik dan dirahmati Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Aydinur berkata, negeri Pahang sangat bertuah kerana dinaungi pewaris takhta yang rendah diri.
“Pahang sangat bertuah dinaungi pewaris takhta yang rendah diri dan berjiwa rakyat seperti baginda,” ujarnya.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 140,000 tontonan dan 46,7060 tanda suka daripada warga maya.
View this post on Instagram
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply