Hiburan Tempatan Viral

Tok Ti & Neelofa Terg0long 100 Selebriti Paling Berpeng4ruh Di Media Sosial Asia Pasifik

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai antara 100 selebriti Asia paling berpengarvh dalam media sosial oleh Forbes.com.

Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes pada 7 Disember tersebut turut meletakkan Siti sebaris dengan kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink dan legenda Bollywood, Amitabh Bachchan.

Beliau berkongsi berita gembira apabila dirinya dipilih sebagai Forbes Asia’s 100 Digital Stars List Spotlights Asia-Pasific’s Most Influential Celebrities On Social Media.

Menurut deskripsi yang ditulis Forbes, pemilik jenama SimplySiti itu telah membuat ulasan makanan bagi membantu peniaga dan pemilik restoran yang terjej4s akibat p4ndemik C0vid-19.

“Pada bulan Julai lalu, Siti juga telah melancarkan album solo ke-18 iaitu ManifestaSiti 2020.

“Seterusnya, dia turut menjalankan jenama kecantikannya, SimplySiti sejak tahun 2009 yang diperakui halal,” tulis kenyataan tersebut.

Selain itu, selebriti terkenal Neelofa turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Neelofa Kini Tampil Berniqab , 3 Selebriti Pilih Berpurdah Hingga Kini. Alhamdulillah! - REMAJA

 

Menurut Forbes, senarai selebriti terpilih terdiri daripada kumpulan muzik, bintang filem dan televisyen dari seluruh rantau Asia Pasifik yang telah menghangatkan dunia digital sepanjang 2020.

Pemilihan juga dibuat berdasarkan pengikut platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan peminat mereka.

Selain itu, kriteria lain merangkumi selebriti yang mampu meningkatkan kesed4ran serta menggunakan pengarvh untuk masyarakat, terutama yang terjej4s akibat p4ndemik C0vid-19.

Turut tersenarai selebriti dari beberapa buah negara Asia lain seperti dari India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina, Indonesia dan China.

Hebat betul dua orang wanita ini.

Kami tumpang bangga dengan pencapaian mereka dan congratulations!

 

Sumber: K! ONLINE, Forbes Asia , Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *