Tempatan Viral

Bersatu, PAS akhirnya sepakat terima Saarani selepas Zahid minta maaf

Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru di negeri itu.

Persetujuan itu diumumkan Setiausaha Agung BN Annuar Musa di media sosial dengan memuat naik salinan kenyataan media bersama ketiga-tiga parti itu.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan bersama membabitkan Setiausa Agung PAS, Takiyuddin Hassan, Hamzah Zainudin (Bersatu) dan Annuar sendiri mereka berkata presiden ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur hari ini.

“Dalam pertemuan itu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Adun-adun BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

“Atas semangat PN ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai menteri besar Perak yang baru untuk diperkenankan oleh Sultan Perak,” kata mereka.

Menurut kenyataan sama perbincangan di antara Ahmad Zahid dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang (PAS) mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan Perak.

Pada 4 Dis lalu, Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi men0lak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi r0sak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal akan bervndur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dib4haskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Sementara itu Takiyuddin dalam ciapan di Twitternya menzahirkan rasa syukur kerana muafakat berjaya dimeterai.

“Alhamdulillah, demi rakyat muafakat dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak jua berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit cuma. Tahniah Kerajaan PN Perak dikekalkan,” tulisnya.

 

Sumber: Mkini, Facebook, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *