‘Anak bongsu sering tanya mana abah’ – Isteri

Pekan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan mengurniakan sumbangan kepada waris dua kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang terk0rban dalam kemal4ngan jalan raya, Isnin lalu.

Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan itu menerusi pegawai khas Sultan Pahang Tok Aria Rakna Ahmad Nurbadelin Abdul Murad dan Pegawai Khas (Kebajikan) Sultan Pahang Datuk Abdul Rahman Endut yang berkunjung ke rumah ahli keluarga m4ngsa di sini, hari ini.

Ahmad Nurbadelin ketika menyerahkan sumbangan itu, turut menyampaikan salam dan ucapan t4kziah Seri Paduka, yang turut menasihatkan ahli keluarga supaya terus bers4bar dan t4bah menghadapi keh1langan insan tersayang.

Isteri kepada pemandu JKNP Mohd Zuhairi Abdullah, Nor Hayati Embong, 35, berkata, dia amat terh4ru dan menjunjung kasih atas kepr1hatinan Seri Paduka berdua terhadap nasibnya dan empat anak berusia antara sembilan hingga dua tahun.

“Tumpuan saya kini adalah membesarkan anak dan memohon semua mendoakan supaya saya diberikan kesihatan yang baik demi anak-anak. Saya berhasrat pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu dalam masa terdekat.

“Ada masanya anak bongsu bertanya di mana abah terutamanya pada waktu malam. Mungkin dia masih belum faham abahnya sudah t1ada,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di sini.

Anggota bomba dari BBP Nenasi melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kemal4ngan mel1batkan kenderaan KKM dan lori tangki di Jalan Pekan-Nenasi di sini, pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Pahang

Sementara itu, suami kepada jururawat Julayha Kudus, Asmawi Yusoff, 45, berkata, walaupun reda dengan pemergian ibu kepada empat orang anaknya, dia masih tidak mampu untuk membayangkan kehidupan yang akan dilalui mereka selepas ini.

“Saya sedar, sebanyak mana kasih sayang saya kepada isteri, Allah lebih menyayanginya dan menjempvtnya kembali semasa dia sedang bertugas dan dalam perjalanan yang bertujuan baik.

“Saya menjunjung kasih kepada Seri Paduka berdua dan akan menjaga anak sebaiknya. Mereka adalah harta dunia akhirat kami,” katanya.

MENTERI BESAR PAHANG ZAHIR UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA KAKITANGAN PKD PEKAN | Pahang Media

Pada Isnin lalu, Mohd Zuhairi, 35, dan Julayha, 39, m4ut selepas kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dirempvh lori tangki yang terb4bas dari laluan bertentangan di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin berhampiran Tanjung Batu di sini, menyebabkan kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia itu remvk keseluruhan pada bahagian hadapan.

Seorang lagi m4ngsa yang turut terbab1t dalam kemal4ngan itu ialah Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29 yang p4rah di kep4la dan sedang dir4wat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Semasa kejadian, kesemua m4ngsa yang berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Api Larat di sini, bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala.

Ustaz Ebit Lew turut melawat keluarga m4ngsa dan memberikan sumbangan.

 

Sumber: Harian Metro, Twitter Ebit Lew

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Anak bongsu sering tanya mana abah’ – Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*