Hiburan Tempatan Viral

(Video) “Wawa pun tak pandai masak, saya terima je seadanya..”- Aeril Zafrel

Pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pasti dikenali ramai kerana telatah romantis dan kelakar mereka di media sosial.

Terbaru menerusi posting di laman Instagram milik Wawa, suaminya telah memberi pendapat mengenai kaum wanita yang tidak pandai memasak selepas seorang stokis produk mereka merungut tentang perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Terima isteri seadanya

Menurut Aeril, ia tidak menjadi masalah sekiranya tidak pandai masak namun sekurang-kurangnya tahu mengenai asas masakan seperti masak air, nasi dan sebagainya.

Aktor berusia 32 tahun itu juga sempat berseloroh mengatakan bahawa isterinya itu tidak pandai memasak, namun dia menerima kekurangan itu seadanya.

“Macam Wawa pun tak pandai masak, saya terima je seadanya” katanya di video Instagram.

Namun menerusi kapsyen Wawa, dia mengakui pernah membeli pelbagai jenis buku masakan semata-mata untuk belajar memasak.

Lelaki kalau lapar dia order sendiri je

Tambah Aeril, pada zaman era yang moden ini, tidak tahu memasak bukan isu yang penting, hal ini kerana baginya lelaki sekarang boleh membuat pesanan atas talian untuk membeli makanan.

Menjengah keruangan komen, pelbagai komen daripada warganet mengenai isu memasak itu. Ada di antara mereka bersetuju, dan juga sebaliknya.

Samalah kita kak Wawa

Kantoi tak pandai masak…

Kalau banyak duit boleh la ‘order’ hari2

Ye ke ni? Lelaki kan berkira

Takpe, amik masa nak belajar

Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Sumber: Wawa Zainal, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *