Isteri whatsapp tak berb4las rupanya petanda suami ‘pergi’ selamanya selepas kenderaan KKM dirempvh treler

Tanda tanya isteri Mohd Zuhairi Abdullah, Nor Hayati Embong selepas pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai.

Hayati, 35, mengetahui sebab sebenar selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya m4ut selepas kenderaan dipandunya dirmpuh lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin berhampiran Tanjung Batu di sini, hari ini.

Menurut Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.

“Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggI kmIngan.

“Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering.

Anggota bomba dari BBP Nenasi melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan melibatkan kenderaan KKM dan lori tangki di Jalan Pekan-Nenasi di sini, pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Pahang

Rakan suami telefon sampaikan berita buat kali kedua

” Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sdih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Frnsik Hspital Pekan di sini.

Nor Hayari berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.

Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.

Nor Hayati berkata, jnzah suaminya akan dikebvmikan berhampiran kbur ayah arwh di Kampung Sungai Puteri, Rompin kira-kira 80 kilometer dari sini.

Mohd Zuhairi, 35, m4ut selepas kenderaan Toyota Hilux yang dipandunya dirmpuh lori tangki yang terbbas dari laluan bertntangan pada 10.20 pagi hari ini, menyebabkan kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, remvk keseluruhan pada bahagian hadapan.

Turut m4ut ialah jururawat Julayha Kudus, 39, manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, p4rah di kepala.

Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.

Sempat lihat jnzah isteri terbaring tepi jalan

Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jnzah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kmIngan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.

Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jnzah ke Hspital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sed1h itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

“Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hspital bagi menguruskan jnzah.

“Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwh sebelum keluar bekerja,” katanya.

Asmawi berkata, jnzah isterinya akan dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Taman Jambu di sini, selepas keluarga isterinya dari Palong, Negeri Sembilan memberi kebenaran bagi memudahkan mereka untuk menzi4rah.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan berita sed1h ini dilaman facebook beliau

‎‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Sunday, December 6, 2020

Agong zahir takziah kepada petugas PKD Pekan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan t4kziah kepada keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan yang m4ut kemal4ngan semalam.

Turut sama menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua begitu menghargai khidmat bakti kedua petugas itu selain menyifatkan pemergian mereka sebagai keh1langan besar kepada PKD Pekan dan Kementerian Kesihatan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah Julayha Kudus dan Allahyarham Mohd. Zuhairi Abdullah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin,” katanya di sini tadi.

Dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di Kilometer 32 Jalan Kuantan-Nenasi-Rompin, kedua-dua m4ngsa masing-masing merupakan jururawat dan pemandu m4ut di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan law4tan pemer1ksaan kesihatan secara berkala.

 

Sumber: K! ONLINE, Facebook Dr Noor Hisham, limauais.pw

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Isteri whatsapp tak berb4las rupanya petanda suami ‘pergi’ selamanya selepas kenderaan KKM dirempvh treler"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*