Pakcik 65 tahun s4kit buah pinggang, kerja 15 jam sehari bawa penumpang

Foto: OMM

Seorang wanita Singapura yang dikenali sebagai Deera Daneesya telah memuat naik satu posting di laman Facebook mengenai seorang pemandu e-hailing yang bekerja 15 jam sehari.

Kehidupan atas jalan raya

Menurut Deera, pemandu bernama Andrew itu masih kuat melakukan perkerjaanya walaupun sudah mencecah usia 65 tahun dan telah mengumpul 2,054 kali perjalanan.

Mempunyai pengalaman 18 tahun sebagai pemandu teksi, baginya kehidupan selama 23 tahun sebagai pemandu bukanlah sesuatu yang mudah namun harus diteruskan demi menyara hidup.

Setiap hari dia akan bekerja selama 15 jam dan memastikan segala keperluan seperti tuala, empat air mineral, biskut, kopi dan bantal lengkap.

Mengh1dap mas4lah buah pinggang

Deera sempat berseloroh mengatakan pasti akan ada tandas mudah alih jika muat untuk diletakkan di dalam kereta. Namun jawapan diberikan Andrew agak sed1h apabila memberitahu dia menghidapi mas4lah keg4galan buah pinggang.

Tambah Andrew, dia baru sahaja pulang menjalani rawatan dial1sis sebelum mengambil Deera. Andrew juga berkata dia memerlukan bantal supaya dia berasa selesa sepanjang pemanduan.

Sikap yang p0sitif

Walau bagaimanapun, Deera menyatakan bahawa warga emas itu tidak sedikit pun mengeluh mahupun bersedih dengan nasib sebaliknya bersikap positif dan tabah.

“I’m happy at least i get to move around and do something..Anyway life is short so we can’t waste it away” kata Andrew.

Gadis itu sangat k4gum dan berharap agar hidup Andrew sentiasa dirahmati dan diberi kekuatan untuk melalui hari-hari berikutnya.

 

Sumber: Deera Daneesya , OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pakcik 65 tahun s4kit buah pinggang, kerja 15 jam sehari bawa penumpang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*