Info

Kekal paling Top, Muhammad Muncul Nama Bayi Paling Popular 2020 Selama 2 Tahun Berturut

Tahun 2020 kini sudah hampir ke penghujungnya, pakar keibubapaan di BabyCentre, Amerika Syarikat, telah mended4hkan mengenai nama-nama bayi yang paling popular yang diberikan oleh para ibu bapa pada tahun ini, lapor Mirror UK.

Ribuan ibu bapa dipercayai telah mengunjungi laman web ini untuk mendaftarkan pilihan nama bayi mereka dan BabyCentre telah mengumpulkan semua data 100 nama teratas bagi lelaki dan perempuan.

Mereka mended4hkan bahawa nama yang paling popular untuk bayi perempuan telah berubah untuk pertama kalinya dalam tiga tahun dengan Olivia tersingkir dari tangga pertama.

Sophia dilaporkan telah menduduki tempat pertama dengan Olivia di tempat kedua dan Amelia di tempat ketiga.

Bagi bayi lelaki pula, Muhammad sekali lagi tetap menjadi nama paling popular untuk tahun ini diikuti oleh Noah dan Oliver.

Rekod itu kekal untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun lalu.

Nama-nama baru tersenarai dalam top 100

Beberapa nama baru yang tersenarai dalam 100 teratas tahun ini termasuk Ayaan, Ronnie, Rowan, Austin, Jasper, Hudson, Milo, Albert dan Ellis.

Diikuti oleh senarai untuk bayi perempuan iaitu Lyla, Nora, Eliana, Margot, Zainab, Mabel, Aisha, Anaya, Madison, Talia, Delilah dan Niamh.

Pemilihan nama-nama tersebut juga dipercayai turut dipengaruhi oleh rancangan yang disiarkan di televisyen seperti nama Arabella yang dipilih sempena nama heroin I May Destroy You.

Walaupun nama-nama baharu semakin popular namun ada satu nama yang sangat tidak disukai oleh ibu bapa iaitu Karen.

 

BabyCentre juga dalam kenyataannya memaklumkan trend pilihan nama pada tahun ini dipengaruhi oleh program disiarkan di televisyen.

“P4ndem1k menjadi sebab kita opt1mis dan cuba p0sitif dengan memilih nama seperti adiwira,” kata Editor Pengurusan BabyCentre United Kingdom (UK), Sarah Redshaw.

Buktinya, nama Arabella iaitu karakter dan heroin dalam drama siri komedi I May Destroy You berada di tangga ke-57 dalam senarai 100 nama paling popular.

Faktor lain yang mempengaruhi adalah siri permainan video terkenal seperti Animal Crossing.

Jadi, tidak hairanlah apabila empat nama karakter iaitu Olivia, Amelia, Ava dan Freya tersenarai dalam 10 nama bayi paling popular tahun ini manakala yang lain seperti Alice pada tempat ke-16 dan Mabel membolosi senarai di tangga ke-97.

Selain itu, populariti personaliti media sosial di Instagram (IG) juga memberi idea kepada ibu bapa untuk menamakan bayi mereka.

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI LELAKI

1. Muhammad

2. Noah

3. Oliver

4. Arthur

5. Leo

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN

1. Sophia

2. Olivia

3. Amelia

4. Lily

5. Isla

 

Sumber: Mirror UK, Siakap Keli, HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *