Kisah Masyarakat Tempatan Viral

(Video) ‘Untung Sikit Tak Apa, Janji Ada Hasil…’- Kisah Kegigihan Pemuda 0KU Jual Nasi Lemak RM1.50

Walaupun membesar sebagai orang kurang upaya (0KU) itu tidak mengh4lang seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Nor Abdullah, 28, untuk terus cek4l mencari rezeki halal buatnya. Sebelum ini, kisahnya yang dikenali sebagai penjual nasi lemak tanpa tangan pernah tular dan mendapat perhatian daripada netizen.

Perniagaannya diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat bersempena Nasi Lemak Janda yang pernah tular sebelum ini .

Dekk Mat Nasi Lemak

Menerusi temu bual bersama Esharing, Dekk Mat berkongsi kepada orang ramai supaya tidak memilih kerja dan tidak menggunakan peluang meminta sedekah sebagai punca rezeki. Jelasnya lagi, seseorang itu perlu berusaha dengan sebaik mungkin tanpa perlu mengharapkan bantuan yang datang bergolek secara tiba-tiba.

Saya di luar sana biar kita rendah, biar kita sus4h ada apa bisnes, kerja saja, buat saja, jangan minta sedekah di luar sana. Saya tak ada tangan pun, saya sanggup juga usaha untuk jual nasi lemak, untung sikit pun tak apa, janji ada hasil, dapat beli makan, dapat beli topup, hidup cukup pon ok juga. Dari kecik saya guna kaki, tak sus4h pun, senang saja, sudah biasa.

Dia turut menceritakan duit bantuan digunakan sebagai modal perniagaannya dan duit tersebut banyak membantunya dalam perbelanjaan harian.

Tempat lain jual RM2.50, RM3.50, biar saya jual RM1.50 nasi lemak, sebab RM1.50 ramai cakap sus4h mau dapat.

Kisah inspirasi

Saya sambil jual, sambil sedekah saya bagi orang. Orang itu beli satu, saya tambah satu lagi. Tak apalah saya bersyukurlah, dapat sikit pun kira cukup. Cita-cita saya InsyaAllah ada rezeki ingin membuka kedai makan tak kisah kecik atau besar.

Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat bukti kecek4lan insan istimewa

Terdahulu, kisah Dekk Mat ini tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada warganet atas kegigihan dan kecek4lannya bergelar individu istimewa. Semoga kisah Dekk Mat ini memberikan inspirasi kepada kita semua.

Untung hanya dapat 50 sen sebungkus, kadang-kala pulang dengan keuntungan RM5 saja walaupun berniaga dari pagi hingga tengah hari.

Demikian kecek4lan dimiliki Mohamad Nor Abdullah, 28, yang dil4hirkan tanpa tangan dengan mencari rezeki berniaga nasi lemak yang diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat.

Menurutnya, dia membuka gerainya itu pada 7 pagi sehingga 11 pagi di Amber Busssines Plaza Cheras sejak Julai lalu sambil dibantu sahabatnya, Tengku Mahadir Tengku Mamat, 40.

“Saya tidak mahu mengharapkan elaun bulanan yang diterima sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) saja.

“Walaupun orang kurang upaya (0KU), saya nek4d mahu berniaga untuk cari pendapatan tambahan dan mendaftarkan perniagaan ini di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, nasi lemak itu dibeli daripada seorang kenalan di Bukit Jalil pada harga RM1 sebungkus dan menjualnya dengan harga RM1.50.

“Abang dan rakan-rakan sebilik banyak tolong dan beri sokongan pada saya untuk berniaga.

“Sebelum ini, saya mengambil upah menjaga kedai bundle rakan dan menjual baju secara dalam talian.

“Menerusi hasil jualan nasi lemak ini dapatlah saya membantu orang yang lebih memerlukan dan memberi sumbangan kepada anak yatim,” katanya.

Mohamad Nor berkata, idea nama gerai Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat itu diilhamkan daripada Nasi Lemak Janda yang pernah tular sebelum ini.

Katanya, dia juga tidak menyangka gerainya juga tular sejak akhir-akhir ini selepas mempromosikannya di Facebook miliknya dan bersyukur hasil jualan semakin meningkat.

Mohamad Nor dibantu rakannya berniaga nasi lemak bungkus di Amber Busssines Plaza Cheras. Foto Hazreen Mohamad
Mohamad Nor dibantu rakannya berniaga nasi lemak bungkus di Amber Busssines Plaza Cheras. Foto Hazreen Mohamad

“Sebelum ini, saya hanya beli 20 bungkus untuk dijual tetapi hanya 10 bungkus saja terjual selepas lima jam menunggu.

“Alhamdulillah, hari ini saja saya dapat jual 170 bungkus dan esok pulak dapat tempahan sehingga 550 bungkus,” katanya yang tinggal di lokasi sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cheras.

Sementara itu, abangnya, Muhammad Harmarizal Abdullah, 30, berkata, dia gembira dengan sambutan orang ramai di gerai adiknya itu.

“Adik saya memang suka berdikari, malah lebih banyak memberi daripada meminta-minta.

“Walaupun tidak sempurna seperti orang lain tetapi dia tetap suka menolong orang.

“Pernah satu ketika, dia hanya ada RM10 saja di dompetnya tetapi dia tetap memberi sedek4h,” katanya.

Menurutnya, Mohamad Nor tidak pernah sekali pun menjadi beb4n kepadanya, malah adiknya itulah pembawa rezeki baginya.

“Bagi saya dia tidak pernah menyus4hkan saya, dia lagi banyak membawa rezeki kepada saya.

“Bila saya bagi duit dekat dia, dalam masa singkat saja rezeki lain pula yang datang.

“Dia juga memang sangat pemurah sehingga sanggup melanggan penapis air setiap bulan untuk kegunaan rakan-rakan di kediamannya,” katanya.

 

Sumber: Esharing, Harian Metro, OHbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *