Selepas 12 hari dir4wat, Alif Satar syukur disahkan beb4s C0vid-19, kembali ke pangkuan keluarga

Alif Satar dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari dirawat di Hospital Melaka.

SELEPAS 12 hari mendapatkan r4watan dan menjalani ku4rant1n di Hospital Melaka, penyanyi Alif Satar akhirnya disahkan beb4s daripada v1rus C0vid-19.

Alif, 30, meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang bertemu keluarga di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kes1hatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.

Alif buat persembahan pada episod pertama SFMM35.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bert1ndak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat uj1an sar1ngan selepas Alif disahkan p0sitif C0vid-19, ”

“Sesungguhnya, rasa syukur yang tidak putus-putus Alif lafazkan buat Maha Kuasa apabila dimaklumkan bahawa semua yang terlibat di set penggambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi tv3 Muzik Muzik neg4tif dan beb4s daripada C0vid-19″ ujarnya.

Hentikan stigma negatif, memul4u, mengas1ngkan dan memandang ser0ng kepada mereka dijangk1ti w4bak ini.

ALIF SATAR

PENYANYI

Pada 22 November lalu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dirinya p0sitif C0vid-19 iaitu dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Susulan itu, SFMM35 episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad itu terpaksa ditvnda ke tarikh lain.

Alif Satar rindu isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa r1ndu terhadap isteri dan anak-anaknya selepas hampir dua minggu berjauhan.

Kata penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, dia akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan bersama keluarga sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja, ” ujarnya.

Sementara itu, Alif meminta masyarakat hentikan stigma neg4tif terhadap pesak1t C0vid-19 yang boleh memberi kesan kepada mereka.

“Hentikan stigma negatif, memul4u, mengas1ngkan dan memandang ser0ng kepada mereka dijangk1ti wab4k ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangk1ti, ” ujarnya.

“Alif juga meny3ru agar seluruh rakyat Malaysia mengh1dupkan c0gan kata Kita Jaga Kita dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi memb3ndung wab4k ini, tetapi Kita Jaga Kita melalui kerjasama komuniti dalam mel4wan C0vid 19.”

“Budaya neg4tif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang men1tik ber4tkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” ucapnya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 12 hari dir4wat, Alif Satar syukur disahkan beb4s C0vid-19, kembali ke pangkuan keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*