Hiburan Tempatan Viral

“Neelofa setuju kami jadi pengapit. Nak tahu bila?”- Zizan Razak

Umum mengetahui hubungan cinta antara selebriti Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail bukan lagi rahsia.

Sekitar awal November lalu, usahawan dan pengacara terkenal itu dikatakan telah pun menerima kunjungan keluarga pemuda berusia 25 tahun berkenaan bagi menyempurnakan acara merisik.

Walaupun tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung status mereka, namun umum sedia maklum bahawa keluarga PU Riz sudah pun datang merisik pengacara dan usahawan berusia 31 tahun itu.

Pastinya ramai yang ingin mengetahui bilakah berlangsungnya hari bahagia mereka memandangkan masing-masing sudahpun mendapat restu keluarga.

Makin Serasi Dengan Bakal Suami, Neelofa Setuju Zizan & Nabil Jadi Pengapit? 2

Neelofa dah setuju Zizan & Nabil jadi pengapit?

Terbaharu menerusi entri di Instagram, pelakon dan pelawak Zizan Razak telah memuat naik sekeping foto bersama kedua-dua selebriti yang sedang hangat jadi perhatian ramai tersebut. Makin bertambah ayu dan sopan sejak mengenakan niqab, Neelofa juga dilihat bahagia di samping buah hati tercinta.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila Zizan sempat berseloroh mengatakan bahawa bekas juara Dewi Remaja 2009/10 itu setuju memilihnya dan Nabil sebagai pengapit di majlis pernikahannya nanti.

Apa agaknya akan terjadi di atas pelamin sekiranya 2 pelawak hebat negara itu menjadi pengapit Neelofa?

Menurut Zizan, dia dan Nabil bakal menjadi ‘pengapit’ pasangan itu di atas pelamin tidak lama lagi dan perkara itu sama sekali telah mengejvtkan warganet.

Apa yang menjadi kerisauan mereka ialah sekiranya pelamin Neelofa dan PU Riz akan rvntuh disebabkan Zizan dan Nabil yang gemar membuat lawak spontan.

Tak sabar nak tunggu.. Mesti kec0h habis pelamin tu nanti

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka meluahkan rasa teruja selain tidak sabar menanti hari bahagia buat couple ini. Tidak kurang juga yang berseloroh bilakah Zizan bakal menamatkan zaman bujangnya.

 

Namun perkara itu belum disahkan oleh Neelofa atau PU Riz lagi, mungkin Zizan dan Nabil akan menjadi pengacara majlis mereka nanti dan bukannya hadir sebagai pengapit.

Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi hint bahawa dia sudah mengetahui tarikh perkahwinan pasangan itu tetapi masih dirahsiakan buat masa ini.

Pengacara Shalma Ainaa juga sempat meninggalkan hint di ruangan komen, ada kemungkinan Shalma sudah mengetahui tarikh itu kerana sebelum ini beliau ada berjumpa dengan Neelofa sendiri.

Apa pun kita doakan semoga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan, mana tahu nanti jadi Wedding Of The Year kan?

 

Sumber : Instagram zizanrazak869, HOTFM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *